Menjalankan Perniagaan Produk Kesihatan

Nama                    : Saidah Binti Ibrahim
Umur  : 28 Tahun
 Ahli  : 2018

 

Latar Belakang

Seorang suri rumah dan juga menjalankan perniagaan atas talian dan luar talian secara sampingan.Beliau menjalakan perniagaan atas talian di samping menjadi ajen dan juga stokis untuk barangan penjagaan diri dan kesihatan. Beliau sedang cuba untuk mendalami ilmu perniagaan dan ingin mengembangkan lagi di samping dapat menjana lebih pendapatan untuk menampung keluarganya.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau hanya mempromosikan barang yang dijual di kedai sahaja (offline) dan tidak mahir menggunakan media sosial untuk mempromosikan barang. Sehinggalah beliau belajar cara untuk mempromosikan barang atas talian menggunakan platform facebook dan juga whatapp status.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Kini, platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Shopee, Lazada dan Dashboard Komuniti telah menjadi medium utama beliau untuk memasarkan produk secara atas talian. Beliau sangat bersyukur kerana selepas menghadiri kelas keusahawanan di Pusat Internet, perniagaan beliau bertambah maju dan mendapat perhatian orang ramai.

 

s1 s2


Menjalankan Perniagaan Alat Pembelajaran

Nama                    : Nur Syafiza Adila Binti Ahmad Terliza
Umur  : 21 Tahun
 Ahli  : 2019

 

Latar Belakang

Seorang mahasiswa universiti pengajian awam dan dalam masa yang sama menjalankan perniagaan menjual produk makanan Cocojerr Viral. Beliau ingin menceburi bidang perniagaan secara atas talian untuk menambah lagi pendapatan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau menggunakan media sosial seperti facebook, instagram dan whatsapp untuk memasarkan produk.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas keusahawanan diperkenalkan oleh Pusat Internet, beliau sudah mahir menggunakan pelbagai platform/ aplikasi seperti Shopee dan Lazada untuk memasarkan produknya secara online. Kini, perniagaan ini sudah menjadi pendapatan sampingan beliau yang stabil.

 

kk1 kk2


Belajar Membuka Akaun Emel

Nama                    : Ismail Bin Sulaiman
Umur  : 67 Tahun
 Ahli  : 2020

 

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang peniaga dan peneroka Felda yang berwarga emas dan mempunyai kelulusan SPM. Beliau memilih untuk mempelajari internet untuk memudahkannya berurusan dengan pembekal-pembekal luar bagi urusan perniagaannya.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT kerana padanya ianya tidak penting. Setelah menyedari dunia ICT semakin berkembang dan memerlukannya untuk mengembangkan perniagaan, beliau hadir ke Pusat Internet untuk mempelajari selok belok dunia ICT.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet dan berjaya membuka akaun emel. Beliau juga telah banyak berurusan dengan pembekal-pembekal luar untuk mengembangkan lagi perniagaannya

 

 gmail gmail2

 


Melaksanakan Tugasan Kerja Kursus

Nama                    : Norafikah Binti Syahrizad Shidee
Umur  : 14 Tahun
 Ahli  : 2018

 

Latar Belakang

Merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kenering dan bakal menduduki peperiksaan PT3 pada tahun 2021. Beliau memilih untuk mempelajari internet bagi memenuhi masa terluang dan dapat menambah ilmu berkaitan dengan dunia ICT serta dapat melaksanakan tugasan kerja kursus dengan baik.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT kerana pada pandangan beliau tidak berkepentingan. Tanggapan beliau meleset apabila dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan. Beliau perlu mempelajari dunia ICT untuk membuat kerja kursus yang diarahkan oleh guru serta mengulangkaji pelajaran secara atas talian yang sememangnya seronok dan mudah untuk difahami.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan kebanyakan sekolah menggunakan platform e-pembelajaran untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Setelah mengikuti kursus dan juga kelas asas yang pihak PI anjurkan, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet dan berjaya membuat kerja kursus mnggunakan Microsoft Office dengan baik.

 

fika1 fika2


Menjalankan Perniagaan Tupperware

Nama                    : Megat bin Mat Nayan
Umur  : 40 Tahun
 Ahli  : 2016

 

Latar Belakang

Seorang pekerja swasta dan juga menjalankan perniagaan atas talian dan luar talian secara sampingan. Beliau adalah ajen Tupperware dan telah membuka kedai sendiri. Beliau sedang cuba untuk mendalami ilmu perniagaan dan ingin mengembangkan lagi di samping dapat menjana lebih pendapatan untuk menampung keluarganya.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau hanya mempromosikan barang yang dijual di kedai sahaja (offline) dan tidak mahir menggunakan media sosial untuk mempromosikan barang.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Kini, platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Shopee, Lazada dan Dashboard Komuniti telah menjadi medium utama beliau untuk memasarkan produk secara atas talian. Beliau sangat bersyukur kerana selepas menghadiri kelas keusahawanan di Pusat Internet, perniagaan beliau bertambah maju dan mendapat perhatian orang ramai.

 

116710073 1374346549423462 5840709563584284001 n

118215009 1389610061230444 7935289084632539252 n

8b3d479f 0983 466c baa4 bc6c007a1d5a