Menjalankan Perniagaan Atas Talian dan Luar Talian

Nama                    : Saedah Binti Ibrahim
Umur  : 27 Tahun
 Ahli  : 2019

 

Latar Belakang

Seorang suri rumah yang baru sahaja tamat belajar menjalankan perniagaan atas talian dan juga luar talian. Beliau mencuba untuk mendalami ilmu perniagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaan yang beliau ceburi sekarang ini.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum didedahkan dengan pelbagai aplikasi atas talian, beliau hanya mempromosikan barang yang dijual kepada pengguna yang terdekat.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti tunjuk ajar yang diperkenalkan oleh Pusat Internet dan juga kelas kelas usahawan dan intel. Justeru, beliau telah mandapat ilham untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam dunia perniagaan yang dahulunya hanyalah sekadar hobi. Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga whatsapp bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis barang yang dijual. Beliau juga memuatnaik produk ke dalam aplikasi Dashboard Komuniti - Myshop. Minat yang mendalam telah membuatkan beliau berusaha mencari peluang yang ada untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Sering menggunakan platform Internet seperti Whatsapp dan Facebook serta instagram untuk mempromosikan produk. Harapan beliau dalam bidang ini ialah ingin membuka sebuah kedai dan mempunyai label sendiri.

 

saedah

 


Menjalankan Perniagaan dan Keperluan Telekomunikasi serta Perkhidmatan Fotografi 

Nama                    : En. Muhammad Nur Adli B. Rohaizan
Umur  : 31 Tahun
 Ahli  : 2014

 

Latar Belakang

Seorang usahawan berjaya yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan. Pada awalnya beliau menjalankan kerjaya sebagai seorang photographer sehingga kini masih lagi menjalankan perkhidmatan berkenaan. Sehinggalah membuka sebuah kedai untuk photografer dan juga skrg ini membuka satu lagi kedai menjual barangan gadget.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Memilih untuk memulakan perniagaan sendiri bagi mengukuhkan nama didalam industri fotografi. Bermula dengan berdaftar di bawah SSM ketika pelancaran GMBO dalam meningkatkan pengatahuan mengenai fotografi dan teknik pemasaran perkhidmatan.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti tunjuk ajar yang diperkenalkan oleh PI dan juga kelas kelas usahawan dan intel. Justeru, beliau telah mandapat ilham untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan. Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga whatsapp bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis pakej dan juga pelbagai peralatan telekomunikasi yang dijual. Minat yang mendalam telah membuatkan beliau berusaha mencari pelanggan tetap untuk dan mengambil pekerja untuk membantu beliau menguruskan kedai. Sering menggunakan platform Internet seperti Whatapps dan Facebook untuk menimba ilmu dan juga mempromosikan lagi barangan jualan. Harapan beliau dalam bidang ini ialah ingin terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

adli


Kuah Kacang Segera (Home Made)

Nama                           : Rabitah Abdul Manaf
Umur  : 44 Tahun
 Ahli  : 2013

 

Latar Belakang

Seoarang suri rumah dan Kerani dalam masa yang sama. Walaupun sibuk dengan urusan seharian, beliau mempunyai keinginan dan minat yang mendalam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan terutama pembuatan rempah masak hitam

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau menjalankan perniagaan ini untuk diagihkan kepada pelnggan tetap dan juga kedai-kedai runcit berdekatan. Pada awalnya, beliau malu untuk belajar dan beranggapan tidak perlu serta menganggap pengetahuan ICT tidak penting untuk orang tua sepertinya. Walhal, pada zaman serba canggih ini, individu yang lebih berusia daripadanya juga mempunyai kemahiran ICT terutamanya berkaitan dengan penggunaan telefon pintar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Bermula daripada menghadirkan diri ke Pusat Internet  Felda Lawin Selatan untuk kelas Pengurusan dan Latihan Media Baru, mula timbul minat dan juga datang kesedaran bahawa pengetahuan ICT perlu ada dalam diri setiap individu pada masa sekrang ini.Selepas mengikuti GMBO yang diperkenalkan oleh PI1M dan juga kelas kelas usahawan dan intel permintaan rempah mask hitam beliau semakin mendapat perhatian

 

kuah kacang

  


Menjual T-Shirt

Nama                           : Ahmad Terliza Bin Yahaya
Umur  : 44 Tahun
 Ahli  : 2016

 

Latar Belakang

Meminati bidang perniagaan sejak dari bangku sekolah.Beliau juga meminati bidang sukan sejak dari bangku sekolah terutama bola sepak dan juga takraw. Setelah tamat persekolahan,beiau mendapat pekerjaan sebagai askar dan seterusnya berkhidmat dalam askar selama 21 tahun

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah tamat berkhidmat sebagai askar dengan pangkat Pegawai Waran 1, kini beliau meneruskan minat berniaga dengan menjual kopi mesen Mat Rezeki.Justeru, beliau telah mandapat ilham untuk berniaga di pasar-pasar malam sekitar Lenggong dan juga Gerik.Perniagaan Kopi Mesen ini mendapat perhatian ramai penggemar kopi kerana rasa kopi kampungnya yang asli serta harga yang berpatutan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas usahawan yang dijalankan di pusat Internet Felda Lawin Selatan dan juga tunjuk ajar secara berperingkan dalam mencari maklumat dan idea dalam internet, beliau kini lebih terbuka dan lebih inovatif dalam menjalankan perniagaan beliau.Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga whatapps bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan kopi tersebut

 

tshirt

 

 

Belajar Internet dan Menaip

Nama                           : Hamidah Binti Bukhari
Umur  : 60 Tahun
 Ahli  : 2016

 

Latar Belakang

Hamidah Binti Bukhari merupakan seorang Guru KAFA Felda Lawin Selatan.. Oleh kerana tugas seorang guru KAFA pada masa kini memerlukan pengetahuan ICT dalam membuat laporan serta mengemaskini sistem sebagainya. Beliau memilih Pusat Internet untuk belajar asas dan juga sistem yang baru diperkenalkan oleh pihak yang terlibat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT, beliau hanya menggunakan laporan manual dengan tulisan tangan sahaja. Setelah segala sistem bertukar kepada atas talian beliau perlu meguasai internet dengan lebih dalam lagi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah selesai sessi belajar, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet.

 

hasmahpng