Belajar Internet dan Menaip

Nama                           : Raseni Binti Shafiee
Umur  : 44 Tahun
 Ahli  : 2013

 

Latar Belakang

Raseni Binti Shafiee merupakan seorang Guru KAFA Felda Lawin Selatan yang memegang jawatan sebagai Guru besar. Oleh kerana tugas seorang guru KAFA pada masa kini memerlukan pengetahuan ICT dalam membuat laporan serta  mengemaskini sistem sebagainya, beliau memilih Pusat Internet untuk belajar asas dan juga sistem yang baru diperkenalkan oleh pihak yang terlibat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT. Beliau hanya mengguakan laporan manual dengan tulisan tangan sahaja. Setelah segala sistem bertukar kepada atas talian beliau perlu menguasai internet dengan lebih mendalam lagi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah selesai sesi belajar, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet.

 

azizah