lata lawin

 

Felda Lawin Selatan ini wujud sejak tahun 1981. Sumber pendapatan utama pada waktu itu ialah menoreh getah dan juga  pokok kelapa sawit. Pada awalnya seramai 300 orang peneroka yang juga anak negeri Perak telah meneroka kawasan tanah di Felda Lawin Selatan ini. Pada tahun 1995 barulah kawasan tanah di Felda Lawin Selatan ini sah menjadi Hak Milik FELDA.

Pada tahun 2010, mereka mendapat peruntukan untuk menanam semula pokok getah dan sehingga tahun 2023 ini mereka masih mengusahakannya dan sudah boleh ditoreh. 

Keluasan Felda Lawin Selatan dianggarkan 1200 Hektar.

 

*sumber: En. Shahran Mat Isa (Bendahari JKKR)