Persatuan wanita yang berdaftar dengan badan kerajaan di Felda Lawin Selatan adalah Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Golongan wanita merupakan antara golongan yang aktif di kawasan Felda Lawin Selatan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh golongan wanita di sini untuk mengisi waktu yang terluang dan menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Antara program yang sering diadakan ialah pembuatan kuih tradisional yang terdiri daripada kuih Simpul Kasih, Bahulu, Rempeyek dan juga Batang Buruk. Kesemua hasil produk ini dijual dan juga menerima tempahan daripada masyarakat setempat.Selain itu GPW Feda Lawin Selatan turut mengadakan Kelas KEMAS yang dibuka untuk mengajar orang-orang kampung memasak. Aktiviti lain ialah taddarus dan bacaan Yasin yang dilakukan setiap hari Isnin pada setiap minggu dan juga dilakukan untuk setiap Blok seminggu@ sebulan sekali. GPW turut mengambil tugas memasak untuk programGPW juga memainkan peranan penting sekiranya berlangsung majlis-majlis keraian dan perasmian yang berlaku di Felda tersebut. Persatuan ini akan bergotong royonag menyediakn makanan untuk majlis tersebut.

 

 

JAWATANKUASA GPW FELDA LAWIN SELATAN

GPW

 

AHLI JAWATANKUASA GPW

GPW.png1