Kerjasama antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya mengajak orang ramai untuk menyertai
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!
Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.
- Aktiviti Fizikal
- Makan secara sihat
- Tidak merokok
- Bijak menangani stress
- Sihat tanpa alcohol
Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018
Untuk makluman, pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen Media Sosial #SayangMalaysia melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.
Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabadikan detik indah dan keunikan semasa berada di Malaysia.
Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlulah memuatnaik foto atau/dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination (mengikut setiap subtema yang dipilih). Untuk makluman, peserta boleh menyertai kesemua subtema sepanjang tahun 2018 dan berikut adalah subtema bagi setiap pertandingan tersebut:
No. |
Tajuk Subtema |
Tarikh Pertandingan |
1 |
#MyCuisine |
Januari hingga Februari (berakhir 28 Februari 2018); |
2 |
#MyDestination |
Mac hingga April |
3 |
#MyCulture |
Mei hingga Jun |
4 |
#MyShopping |
Julai hingga Ogos |
5 |
#MyHeritage |
September hingga Oktober |
6 |
#MyFamilyFun |
November hingga Disember |
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Lawin Selatan terletak di dalam Mukim Kenering. Keluasan keseluruhan Felda Lawin Selatan ialah 1200 km persegi. Lokasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Lawin Selatan terletak berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Felda Lawin Selatan.
Populasi Penduduk Felda Lawin Selatan
Mukim : Mukim Kenering
Daerah : Hulu Perak
Jumlah : 218 orang peneroka, purata isi rumah 5-6 orang
Lelaki : 109 orang
Perempuan : 109 orang
100% berbangsa Melayu (dalam borang kaji selidik)
Ahli Parlimen/ ADUN Kawasan
Negeri : Perak
Parlimen : Lenggong
Kod Parlimen : P055
Kod Dun : N03
Ahli Parlimen Lenggong : YB Dato' Seri Shamsul Anuar Bin Nasarah
ADUN Kenering : YB Ustaz Husairi bin Ariffin
Penghulu : En. Omar Fazilah Bin Mohamad
Ketua Peneroka : En. Khairi bin Abd Razak
Pengurus Felda : En. Mohd Hishamudin Bin Mohammad Saud
* sumber : pejabat JKKR Felda Lawin Selatan (2022)