Menjual T-Shirt

Nama                           : Ahmad Terliza Bin Yahaya
Umur  : 44 Tahun
 Ahli  : 2016

 

Latar Belakang

Meminati bidang perniagaan sejak dari bangku sekolah.Beliau juga meminati bidang sukan sejak dari bangku sekolah terutama bola sepak dan juga takraw. Setelah tamat persekolahan,beiau mendapat pekerjaan sebagai askar dan seterusnya berkhidmat dalam askar selama 21 tahun

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah tamat berkhidmat sebagai askar dengan pangkat Pegawai Waran 1, kini beliau meneruskan minat berniaga dengan menjual kopi mesen Mat Rezeki.Justeru, beliau telah mandapat ilham untuk berniaga di pasar-pasar malam sekitar Lenggong dan juga Gerik.Perniagaan Kopi Mesen ini mendapat perhatian ramai penggemar kopi kerana rasa kopi kampungnya yang asli serta harga yang berpatutan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas usahawan yang dijalankan di pusat Internet Felda Lawin Selatan dan juga tunjuk ajar secara berperingkan dalam mencari maklumat dan idea dalam internet, beliau kini lebih terbuka dan lebih inovatif dalam menjalankan perniagaan beliau.Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga whatapps bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan kopi tersebut

 

tshirt