Menjual Produk Kecantikan dan Kesihatan

Nama                           :Norsyakilla Atikah
Umur  : 26 Tahun
 Ahli  : 2016

 

Latar Belakang

Seorang remaja perempuan yang sepenuhnya menjadi perniaga dan juga uasahawan. Kebanyakkan ilmu yang diperoleh adalah melalui atas talian. Beliau membuat jualan atas talian sebagai agen dan juga dropship.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum didedahkan dengan pelbagai aplikasi atas talian, beliau hanya menjual barangan di kawasan sekitar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti tunjuk ajar yang diperkenalkan oleh Pusat Internet dan juga kelas kelas usahawan dan intel, beliau telah mandapat ilham untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam perniagaan. Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga whatsapp bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis fesyen yang diambil untuk tempahan. Minat yang mendalam telah membuatkan beliau berusaha untuk memperkembangkan lagi perniagaan beliau. Sering menggunakan platform Internet seperti  Whatsapp dan Facebook untuk menimba ilmu daripada guru-guru yang membuat kelas secara kumpulan di Whatsapp dan Facebook dalam mempromosikan jualan. Harapan beliau dalam bidang ini ialah ingin membuka syarikat sendiri suatu hari nanti.

 

killa

 


Belajar Internet dan Menaip

Nama                           : Raseni Binti Shafiee
Umur  : 44 Tahun
 Ahli  : 2013

 

Latar Belakang

Raseni Binti Shafiee merupakan seorang Guru KAFA Felda Lawin Selatan yang memegang jawatan sebagai Guru besar. Oleh kerana tugas seorang guru KAFA pada masa kini memerlukan pengetahuan ICT dalam membuat laporan serta  mengemaskini sistem sebagainya, beliau memilih Pusat Internet untuk belajar asas dan juga sistem yang baru diperkenalkan oleh pihak yang terlibat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT. Beliau hanya mengguakan laporan manual dengan tulisan tangan sahaja. Setelah segala sistem bertukar kepada atas talian beliau perlu menguasai internet dengan lebih mendalam lagi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah selesai sesi belajar, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet.

 

azizah

 

 


Rempah Masak Hitam (Home Made)

Nama                           : Rabitah Abdul Manaf
Umur  : 44 Tahun
 Ahli  : 2013

 

Latar Belakang

Seoarang suri rumah dan Kerani dalam masa yang sama. Walaupun sibuk dengan urusan seharian, beliau mempunyai keinginan dan minat yang mendalam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan terutama pembuatan rempah masak hitam

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau menjalankan perniagaan ini untuk diagihkan kepada pelnggan tetap dan juga kedai-kedai runcit berdekatan. Pada awalnya, beliau malu untuk belajar dan beranggapan tidak perlu serta menganggap pengetahuan ICT tidak penting untuk orang tua sepertinya. Walhal, pada zaman serba canggih ini, individu yang lebih berusia daripadanya juga mempunyai kemahiran ICT terutamanya berkaitan dengan penggunaan telefon pintar

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Bermula daripada menghadirkan diri ke Pusat Internet  Felda Lawin Selatan untuk kelas Pengurusan dan Latihan Media Baru, mula timbul minat dan juga datang kesedaran bahawa pengetahuan ICT perlu ada dalam diri setiap individu pada masa sekrang ini.Selepas mengikuti GMBO yang diperkenalkan oleh Pusat Internet dan juga kelas kelas usahawan dan intel permintaan rempah mask hitam beliau semakin mendapat perhatian

 

fadirapng

 


Tempahan Jahitan untuk Baju Lelaki dan Perempuan

Nama                           : Saliah Binti Shadan
Umur  : 49 Tahun
 Ahli  : 2013

 

Latar Belakang

Seorang ibu tunggal yang menjalankan perniagaan atas talian dan juga luar. Beliau mencuba untuk mendalami ilmu untuk menjahit pelbagai jenis dan fesyen pakaian. Kebanyakkan ilmu yang diperoleh adalah melalui atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum di dedahkan dengan pelbagai aplikasi atas talian, beliau hanya mampu untuk menghasilkan baju kurung biasa. Dan punca pendapatan beliau hanya cukup-cukup makan sahaja

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti tunjuk ajar yang diperkenalkan oleh Pusat Internet dan juga kelas kelas usahawan dan intel. Justeru, beliau telah mandapat ilham untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang jahitan dan seterusnya mengambil tempahan. Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga whatapps bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis fesyen yang diambil untuk tempahan. Minat yang mendalam telah membuatkan beliau berusaha mencari pelanggan tetap untuk dan mengambil pekerja untuk membantu untuk menjahit. Sering menggunakan platform Internet seperti  Whatapps dan Facebook untuk menimba ilmu daripada guru-guru yang membuat kelas secara kumulan di Whatapss dan Facebook dapat menambahkan lagi ilmu dalam bidang jahitan. Harapan beliau dalam bidang ini ialah ingin membuka sebuah butik dan mempunyai label sendiri.

 

saliah

 


Kuih Muih, Kraf Tangan, Pelamin Mini & Goodies

Nama                           : Norhaslinda Bt Johan
Umur  : 29 Tahun
 Ahli  : 2013

 

Latar Belakang

Seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan atas talian dan juga luar. Beliau mencuba perniagaan online melalui facebook dan menjadi agen untuk dropship

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Semenjak dari awal beliau telah memulakn perniagaan online, tetapi menjadi semakin aktif

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti GMBO yang diperkenalkan oleh Pusat Internet dan juga kelas kelas usahawan dan intel. Justeru, beliau telah mandapat ilham untuk berniaga produk sendiri. Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga whatapps bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan makluamat mengenai produk yang dijual. Minat yang mendalam telah membuatkan beliau berusaha mencari pelanggan tetap untuk menjual barang-barang yang beliau jual. Sering menggunakan platform Internet seperti Facebook dan Whatapps untuk mempromosi makanan dan juga barang lain seperti tudung, minyak wangi, surprise delivery dan sebagainya. Harapan beliau dalam bidang ini ialah ingin membuka lebih banyak cawangan di tempat yang dilihat berpotensi besar dalam bidang masakan dan juga barangan perhiasan wanita.

 

Haslinda