Belajar Internet dan Menaip
Nama | : Azizah Binti Hashim |
Umur | : 53 Tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar Belakang
Azizah Binti Hashim merupakan seorang Guru KAFA merangkap Guru Besar di sekolah KAFA AL FALAH Felda Lawin Selatan. Oleh kerana tugas seorang guru KAFA pada masa kini memerlukan pengetahuan ICT dalam membuat laporan serta mengemaskini sistem sebagainya, beliau memilih Pusat Internet untuk belajar asas dan juga sistem yang baru diperkenalkan oleh pihak yang terlibat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT, beliau hanya mengguakan laporan manual dengan tulisan tangan sahaja. Setelah segala system bertukar kepada atas talian beliau perlu meguasai internet dengan lebih dalam lagi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah selesai sesi belajar, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet. |
Usahawan Perniagaan Catering
Nama | : Nor Aziah Binti Manas |
Umur | : 53 Tahun |
Ahli | : 2013 |
Latar Belakang
Puan Aziah Manas, pada awalnya beliau hanya berniaga kecil-kecilan seperti mengambil tempahan kuih muih tradisional dan juga mengambil tempahan masakan lauk pauk. Beliau juga bergabung dengan anak beliau dalam penghasilan tudung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya perniagaan hanyalah kecil-kecilan, bermodalkan keuntungan yang beliau peroleh maka beliau bercadang untuk meluaskan lagi perniagaan yang ada sekarang kepada yang lebih menguntungkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Felda Lawin Selatan dan juga tunjuk ajar secara berperingkan dalam mencari maklumat dan idea dalam internet, beliau kini lebih terbuka dan lebih inovatif dalam menjalankan perniagaan beliau sehingga beliau berusaha datang ke kelas yang pihak PI jalankan walaupun sibuk dengan urusan perniagaan.
Usahawan Kopi Kampung
Nama | : Ahmad Terliza Bin Yahaya |
Umur | : 44 Tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar Belakang
Meminati bidang perniagaan sejak dari bangku sekolah. Beliau juga meminati bidang sukan sejak dari bangku sekolah terutama bola sepak dan juga takraw. Setelah tamat persekolahan, beiau mendapat pekerjaan sebagai askar dan seterusnya berkhidmat sebagai askar selama 21 tahun.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah tamat berkhidmat sebagai askar dengan pangkat Pegawai Waran 1, kini beliau meneruskan minat berniaga dengan menjual Kopi Mesen Mat Rezeki. Justeru, beliau telah mandapat ilham untuk berniaga di pasar-pasar malam sekitar Lenggong dan juga Gerik. Perniagaan Kopi Mesen ini mendapat perhatian ramai penggemar kopi kerana rasa kopi kampungnya yang asli serta harga yang berpatutan.
|
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Felda Lawin Selatan dan juga tunjuk ajar secara berperingkan dalam mencari maklumat dan idea dalam internet, beliau kini lebih terbuka dan lebih inovatif dalam menjalankan perniagaan beliau. Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga whatsapp bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan kopi tersebut. |
|
Belajar Internet dan Menaip
Nama | : Hasmah Laili Binti Adang |
Umur | : 43 Tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar Belakang
Puan Hasmah Laili Binti Adang merupakan seorang Guru KAFA Felda Lawin Selatan. Oleh kerana tUgas seorang guru KAFA pada masa kini memerlukan pengetahuan ICT dalam membuat laporan serta mengemaskini sistem sebagainya, beliau memilih Pusat internet untuk belajar asas dan juga sistem yang baru diperkenalkan oleh pihak yang terlibat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT beliau hanya mengguakan laporan manual dengan tulisan tangan sahaja. Setelah segala system bertukar kepada atas talian beliau perlu meguasai internet dengan lebih dalam lagi
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah selesai sesi belajar, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet. |
Kisah Kejayaan Celik Ict Suku Keempat (Oktober- Disember)
Kisah Kejayaan Usahawan Kedua Suku Keempat (Oktober- Disember)
Kisah Kejayaan Usahawan Pertama Suku Keempat (Oktober- Disember)
Kisah Kejayaan Celik Ict Suku Ketiga (Julai- September)
Kisah Kejayaan Usahawan Pertama Suku Ketiga (Julai-September)
Kisah Kejayaan Usahawan Kedua Suku Ketiga (Julai-September)
Kisah Kejayaan Celik Ict Suku Kedua (April-Jun)
Kisah Kejayaan Usahawan Pertama Suku Kedua (April- Jun)
Kisah Kejayaan Usahawan Kedua Suku Kedua (April- Jun)
Kisah Kejayaan Usahawan Suku Pertama (Jan- Mac)