Tempahan Jahitan untuk Baju Lelaki dan Perempuan

Nama                           : Saliah Binti Shadan
Umur  : 49 Tahun
 Ahli  : 2013

 

Latar Belakang

Seorang ibu tunggal yang menjalankan perniagaan atas talian dan juga luar. Beliau mencuba untuk mendalami ilmu untuk menjahit pelbagai jenis dan fesyen pakaian. Kebanyakkan ilmu yang diperoleh adalah melalui atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum di dedahkan dengan pelbagai aplikasi atas talian, beliau hanya mampu untuk menghasilkan baju kurung biasa. Dan punca pendapatan beliau hanya cukup-cukup makan sahaja

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas mengikuti tunjuk ajar yang diperkenalkan oleh Pusat Internet dan juga kelas kelas usahawan dan intel. Justeru, beliau telah mandapat ilham untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang jahitan dan seterusnya mengambil tempahan. Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga whatapps bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis fesyen yang diambil untuk tempahan. Minat yang mendalam telah membuatkan beliau berusaha mencari pelanggan tetap untuk dan mengambil pekerja untuk membantu untuk menjahit. Sering menggunakan platform Internet seperti  Whatapps dan Facebook untuk menimba ilmu daripada guru-guru yang membuat kelas secara kumulan di Whatapss dan Facebook dapat menambahkan lagi ilmu dalam bidang jahitan. Harapan beliau dalam bidang ini ialah ingin membuka sebuah butik dan mempunyai label sendiri.

 

saliah