Menjalankan Perniagaan Produk Kesihatan

Nama                    : Saidah Binti Ibrahim
Umur  : 28 Tahun
 Ahli  : 2018

 

Latar Belakang

Seorang suri rumah dan juga menjalankan perniagaan atas talian dan luar talian secara sampingan.Beliau menjalakan perniagaan atas talian di samping menjadi ajen dan juga stokis untuk barangan penjagaan diri dan kesihatan. Beliau sedang cuba untuk mendalami ilmu perniagaan dan ingin mengembangkan lagi di samping dapat menjana lebih pendapatan untuk menampung keluarganya.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau hanya mempromosikan barang yang dijual di kedai sahaja (offline) dan tidak mahir menggunakan media sosial untuk mempromosikan barang. Sehinggalah beliau belajar cara untuk mempromosikan barang atas talian menggunakan platform facebook dan juga whatapp status.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Kini, platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Shopee, Lazada dan Dashboard Komuniti telah menjadi medium utama beliau untuk memasarkan produk secara atas talian. Beliau sangat bersyukur kerana selepas menghadiri kelas keusahawanan di Pusat Internet, perniagaan beliau bertambah maju dan mendapat perhatian orang ramai.

 

s1 s2