Menjalankan Perniagaan Tupperware

Nama                    : Megat bin Mat Nayan
Umur  : 40 Tahun
 Ahli  : 2016

 

Latar Belakang

Seorang pekerja swasta dan juga menjalankan perniagaan atas talian dan luar talian secara sampingan. Beliau adalah ajen Tupperware dan telah membuka kedai sendiri. Beliau sedang cuba untuk mendalami ilmu perniagaan dan ingin mengembangkan lagi di samping dapat menjana lebih pendapatan untuk menampung keluarganya.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau hanya mempromosikan barang yang dijual di kedai sahaja (offline) dan tidak mahir menggunakan media sosial untuk mempromosikan barang.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Kini, platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Shopee, Lazada dan Dashboard Komuniti telah menjadi medium utama beliau untuk memasarkan produk secara atas talian. Beliau sangat bersyukur kerana selepas menghadiri kelas keusahawanan di Pusat Internet, perniagaan beliau bertambah maju dan mendapat perhatian orang ramai.

 

116710073 1374346549423462 5840709563584284001 n

118215009 1389610061230444 7935289084632539252 n

8b3d479f 0983 466c baa4 bc6c007a1d5a