Melaksanakan Tugasan Kerja Kursus

Nama                    : Norafikah Binti Syahrizad Shidee
Umur  : 14 Tahun
 Ahli  : 2018

 

Latar Belakang

Merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kenering dan bakal menduduki peperiksaan PT3 pada tahun 2021. Beliau memilih untuk mempelajari internet bagi memenuhi masa terluang dan dapat menambah ilmu berkaitan dengan dunia ICT serta dapat melaksanakan tugasan kerja kursus dengan baik.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT kerana pada pandangan beliau tidak berkepentingan. Tanggapan beliau meleset apabila dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan. Beliau perlu mempelajari dunia ICT untuk membuat kerja kursus yang diarahkan oleh guru serta mengulangkaji pelajaran secara atas talian yang sememangnya seronok dan mudah untuk difahami.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan kebanyakan sekolah menggunakan platform e-pembelajaran untuk membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Setelah mengikuti kursus dan juga kelas asas yang pihak PI anjurkan, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet dan berjaya membuat kerja kursus mnggunakan Microsoft Office dengan baik.

 

fika1 fika2