Tarikh                      : 30 Oktober 2022
 Masa   : 02.30 pm - 04.30 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Mengajar pelajar untuk membuat asas resume dengan menggunakan aplikasi canva.  

Aktiviti:

Pelajar diberi tunjuk ajar tentang resume dan membuat resume sendiri menggunakan canva. Pelajar menggunakan template sedia ada. Pelajar boleh memilih template resume mengikut citarasa masing-masing, seterusnya mengedit masuk maklumat diri yang perlu ada dalam resume. Kelas membuat resume diadakan di PEDi Felda Lawin Selatan. Pelajar perlu hadir ke PEDi untuk menyertai kelas 

 

Gambar Disini


 

 

 

Tarikh                      : 23 Oktober 2022
 Masa   : 02.30 pm - 04.30 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Aktiviti Online Jigsaw Puzzle membantu kanak-kanak lebih cekap menggunakan mouse. 

Aktiviti:

Kanak-kanak perlu menggerakkan mouse untuk menyusun puzzle bagi membentuk gambar dengan sempurna. Aktiviti ini bantu meningkatkan kecekapan menggunakan mouse. Selain itu, aktiviti online jigsaw puzzle ini juga dapat menguji keupayaan kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah susunan puzzle dengan sempurna. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 04 Oktober 2022
 Masa   : 09.00 am - 04.00 pm
 Lokasi : Arena Square Pengkalan Hulu
 Peserta : Komuniti Hulu Perak

 

 

Tujuan: 

Program Hari Bersama Komuniti diadakan bertujuan untuk mendedahkan peranan PEDi dan mempromosikan perkhidmatan serta kemudahan yang ada di PEDi kepada komuniti setempat. 

Aktiviti:

Pelbagai aktiviti diadakan bersempena Hari Bersama Komuniti seperti pameran booth agensi, gerai jualan, demo pembuatan flower bouquet, aktiviti kuiz terbuka berkaitan PEDi, permainan dam ular gergasi, aktiviti cabutan bertuah. Hari Bersama Komuniti dirasmikan oleh Encik Safuan Bin Saleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengkalan Hulu. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 16 Oktober 2022
 Masa   : 02.30 pm - 04.30 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan (Google Meet)
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

Membantu usahawan untuk menjana pendapatan menggunakan platform shopee.

Aktiviti:

Antara perkara asas yang diajar dalam kelas shopee adalah cara daftar dan tetapan akaun penjual, cara guna baucar, diskaun dan penghantaran percuma dan cara untuk tarik viewer / pembeli melalui shopee ads. Kelas shopee ini dilakukan secara atas talian menggunakan platform Google Meet. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 3 Oktober 2022
 Masa   : 04.00 pm - 05.30 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Pelajar sekolah menengah melakukan aktiviti study group di PEDi Felda Lawin Selatan.

Aktiviti:

Pelajar sekolah menengah datang ke PEDi untuk aktiviti study group serta menggunakan PC untuk mengakses internet bagi mendapatkan bahan ulangkaji yang mereka perlukan. Kemudahan fasiiti yang ada di PEDi Felda Lawin Selatan seperti meja, kerusi, internet, serta suasana PEDi yang selesa membantu pelajar untuk lebih fokus berbincang mengenai pelajaran bersama-sama. 

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori