Tarikh | : 03 Februari 2023 |
Masa | : 03.30 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Kelas asas Microsoft Powerpoint disertai oleh ahli PEDi Felda Lawin Selatan. Kelas ini bertujuan memberi pengetahuan dan mengajar para pelajar sekolah untuk memanfaatkan penggunaan Microsoft Powerpoint. Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai kelas powerpoint.
Aktiviti:
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menggunakan Microsoft Powerpoint. Peserta diminta untuk mencari maklumat, memasukkan maklumat dan gambar ke dalam slide powerpoint. Peserta memilih template slide yang diingini dan boleh mengolah slide mengikut kreativiti masing-masing. Antara kegunaan Microsoft Powerpoint adalah :
- Memudahkan membuat pembentangan
- Dapat membuat slide pembentangan yang menarik seperti mempunyai audio, animasi, gambar serta video
- Memasukkan dan menyusun data atau maklumat ke dalam slide secara teratur dan lebih mudah difahami