Tarikh                      : 03 Julai 2023
 Masa   : 02.30 pm - 03.45 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Bengkel penulisan resume diadakan terbuka kepada golongan komuniti lepasan sekolah dan yang ingin memohon pekerjaan.   

Aktiviti:

Bengkel resume bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan cara penulisan resume yang kreatif dan sesuai dengan kehendak pengambilan pekerja semasa. Penting membuat resume yang berkualiti dan berkesan kerana mampu menarik perhatian penemuduga bagi memlilih calon yang akan ditemuduga. Peserta menggunakan template resume dari microsoft word. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam memilih template yang bersesuaian ketika menulis resume. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 20 Jun 2023
 Masa   : 10.30 am - 11.30 am
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

Memberi penerangan dan pengetahuan kepada komuniti serta usahawan di Felda Lawin Selatan berkenaan media sosial. 

Aktiviti:

Jabatan Penerangan Daerah Hulu Perak bekerjasam dengan PEDi Felda Lawin Selatan untuk memberi ceramah kepada komuniti dan usahawan. Encik Mohamad Rosiah bin Ahmad, selaku pegawai penerangan daerah hulu perak memberi ceramah berkenaan penggunaan media sosial. Antara isi kandungan ceramah adalah bagaimana usahawan boleh memanfaatkan penggunaan media sosial dan platform seperti shopee untuk menjana pendapatan serta bagaimana menjual produk orang lain tanpa mengeluarkan modal. Selain itu, turut dikongsikan bahaya media sosial sekiranya tidak digunakan dengan betul. Seramai 20 orang peserta telah menyertai program ini. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 09 Jun 2023
 Masa   : 03.15 pm - 04.15 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan:

Tujuan kelas asas ini adalah untuk memberi peluang kepada komuniti mempelajari asas Microsoft Word selain dapat mempromosikan kemudahkan yang terdapat di PEDi. Kelas asas ICT adalah percuma untuk ahli yang berdaftar. 

Aktiviti:

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menggunakan microsoft word. Peserta diminta untuk membuat surat rasmi mengikut format sebenar dan di ajar cara untuk simpan (save as) surat yang telah siap di taip ke dalam PC. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 19 Jun 2023
 Masa   : 02.30 pm - 03.45 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan:

Tujuan kelas asas ini adalah untuk memberi pengetahuan asas kepada komuniti dan usahawan terutama usahawan IKS berkenaan cara menguruskan sumber manusia / pekerja. 

Aktiviti:

Antara perkara yang dijelaskan di dalam kelas asas ini seperti proses pengambilan pekerja mengikut prosedur yang tepat, kaedah pengiraan gaji pekerja berdasarkan akta kerja 1995, dan tindakan yang diambil sekiranya pengurusan sumber manusia tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Kelas dijalankan secara atas talian (zoom meeting) dan secara percuma untuk ahli pedi berdaftar. 

 

Gambar Disini


 

 

Tarikh                      : 29 Mei 2023
 Masa   : 10.00am - 11.00 am
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

Sesi taklimat pendaftaran perniagaan anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Aktiviti:

SSM menganjurkan sesi taklimat bertujuan memberi penerangan berkenaan pendaftaran perniagaan terbuka kepada usahawan yang berminat untuk mendaftar perniagaan mereka. Selain itu, turut ditawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada golongan usahawan B40 dan pelajar IPTA / IPTS. SSM turut menerangkan berkenaan Kod QRSSM BizTrust (Business Starter Kit) secara percuma kepada usahawan. Sesi taklimat dijalankan secara atas talian. Peserta hadir ke PEDi untuk menyertai taklimat. 

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori