Tarikh                      : 14 April 2023
 Masa   : 09.00 am - 10.30 am
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Menggunakan kemudahan PC dan internet di PEDi untuk mencari maklumat dan menyiapkan tugasan assignment.

Aktiviti:

Pengguna menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan assignment subjek sejarah. Pengguna membuka website Scribd untuk mencari contoh assignment sebagai bahan rujukan serta menggunakan Microsoft Word untuk menaip dan mengedit tugasan tersebut. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 8 April 2023
 Masa   : 09.30 am - 11.30 am
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Menggunakan kemudahan PC dan internet di PEDi untuk mencari info dan tutorial mencipta buku skrap.

Aktiviti:

Pengguna ditugaskan untuk mencipta buku skrap bagi tugasan kerja kursus matapelajaran sejarah. Pelajar perlu menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk menghasilkan buku skrap yang kreatif serta mempunyai semua maklumat yang lengkap dan tersusun berdasarkan proses pembacaan dan kajian oleh pelajar. Pengguna menggunakan youtube untuk mencari tutorial membuat pop up card sebagai salah satu proses menghasilkan buku skrap yang menarik.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 24 Mac 2023
 Masa   : 03.00 pm - 04.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan:

Kelas asas Microsoft Word disertai oleh kanak-kanak 9 tahun dan 11 tahun. Kelas ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas ICT, cara menggunakan Microsoft Word serta membolehkan kanak-kanak mempraktikkan cara menaip penulisan surat tidak rasmi menggunakan komputer.

Aktiviti:

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menggunakan microsoft word. Peserta diberi salinan contoh penulisan surat tidak rasmi (menghantar surat kepada kawan) dan perlu menaip mengikut contoh yang diberikan. Kelebihan menggunakan Microsoft Word adalah mudah untuk menaip pelbagai jenis surat dan menyunting surat mengikut kesesuaian format penulisan. Peserta juga dapat belajar menggunakan jenis jenis simbol di keyboard dan format asas penulisan seperti justified text, margin dan sebagainya.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 3 April 2023
 Masa   : 02.30 pm - 03.30 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Menyediakan kemudahan internet kepada pelajar sekolah yang ingin mengulangkaji dan menjawab soalan latih tubi online.

Aktiviti:

PEDi menjalankan aktiviti menjawab soalan latih tubi terbuka kepada murid sekolah rendah. Soalan latih tubi ini diadakan secara online. Peserta memilih untuk menjawab soalan latih tubi Bahasa Melayu Tahun 4. Peserta perlu menjawab kesemua 40 soalan dan sekiranya terdapat kesalahan, jawapan yang tepat akan terus dipaparkan. Antara format soalan latih tubi adalah soalan simpulan bahasa, penjodoh bilangan, kata nama dan menjawab soalan berdasarkan perenggan yang diberikan. Aktiviti latih tubi memberi kelebihan persiapan terhadap pelajar dari segi mental untuk menghadapi peperiksaan atau ujian.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 15 Mac 2023
 Masa   : 10.00 am - 11.30 am
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Pengguna menggunakan kemudahan PC di PEDi Felda Lawin Selatan untuk membuat minit mesyuarat. 

Aktiviti:

Pengguna datang ke PEDi untuk menggunakan kemudahan PC dan internet bagi membuat laporan minit mesyuarat. Pengguna menggunakan Microsoft Word untuk untuk merekodkan minit mesyuarat. Semua maklumat mesyuarat perlu dinyatakan merangkumi tarikh, hari, masa, dan tempat mesyuarat. Pengguna turut menggunakan servis printing di PEDi. 

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori