Tarikh | : 13 November 2022 |
Masa | : 04.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Pelajar tingkatan 5 datang ke PEDi untuk membuat kerja kursus secara berkumpulan.
Aktiviti:
Seramai 4 orang pelajar tingkatan 5 telah datang ke PEDi Felda Lawin Selatan. Mereka menggunakan kemudahan internet dan fasiliti PEDi yang selesa untuk mereka menyiapkan kerja kursus. Capaian internet yang pantas di PEDi juga lebih memudahkan mereka untuk mengakses web dan mencari bahan kerja kursus yang mereka perlukan.
Tarikh | : 05 November 2022 |
Masa | : 03.30 pm - 04.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Pelajar sekolah menengah menggunakan kemudahan internet dan PC di PEDi Felda Lawin Selatan,
Aktiviti:
Pelajar menggunakan kemudahan PC dan internet yang ada di PEDi untuk memudahkannya menyiapkan tugasan sekolah. Pelajar ini perlu melayari laman web tertentu untuk mencari bahan pembelajaran yang diperlukan serta turut mengakses whatsapp web untuk membantunya dalam aktiviti tugasan sekolah tersebut.
Tarikh | : 23 Oktober 2022 |
Masa | : 02.30 pm - 04.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Aktiviti Online Jigsaw Puzzle membantu kanak-kanak lebih cekap menggunakan mouse.
Aktiviti:
Kanak-kanak perlu menggerakkan mouse untuk menyusun puzzle bagi membentuk gambar dengan sempurna. Aktiviti ini bantu meningkatkan kecekapan menggunakan mouse. Selain itu, aktiviti online jigsaw puzzle ini juga dapat menguji keupayaan kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah susunan puzzle dengan sempurna.
Tarikh | : 30 Oktober 2022 |
Masa | : 02.30 pm - 04.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Mengajar pelajar untuk membuat asas resume dengan menggunakan aplikasi canva.
Aktiviti:
Pelajar diberi tunjuk ajar tentang resume dan membuat resume sendiri menggunakan canva. Pelajar menggunakan template sedia ada. Pelajar boleh memilih template resume mengikut citarasa masing-masing, seterusnya mengedit masuk maklumat diri yang perlu ada dalam resume. Kelas membuat resume diadakan di PEDi Felda Lawin Selatan. Pelajar perlu hadir ke PEDi untuk menyertai kelas
Tarikh | : 16 Oktober 2022 |
Masa | : 02.30 pm - 04.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan (Google Meet) |
Peserta | : Usahawan |
Tujuan:
Membantu usahawan untuk menjana pendapatan menggunakan platform shopee.
Aktiviti:
Antara perkara asas yang diajar dalam kelas shopee adalah cara daftar dan tetapan akaun penjual, cara guna baucar, diskaun dan penghantaran percuma dan cara untuk tarik viewer / pembeli melalui shopee ads. Kelas shopee ini dilakukan secara atas talian menggunakan platform Google Meet.