Tarikh | : 09 Mac 2023 |
Masa | : 11.30 am - 12.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Mengadakan kelas asas ICT membuat akaun gmail untuk murid tahun 6 dan tingkatan 1 di PEDi Felda Lawin Selatan.
Aktiviti:
Petugas PEDi mengadakan kelas asas ICT kepada kanak kanak yang datang menggunakan kemudahan pc di PEDi. Antara kelas yang diadakan adalah kelas asas ICT untuk mencipta akaun gmail masing-masing. Peserta menyimpan kata laluan serta email supaya boleh digunakan untuk keperluan akan datang. Dengan adanya akaun gmail, peserta boleh mengakses aplikasi seperti youtube, blogger, google meet dan sebagainya.
Tarikh | : 25 - 26 Februari 2023 |
Masa | : 09.00 am - 06.00 pm |
Lokasi | : Arena Gerik |
Peserta | : Komuniti Hulu Perak |
Tujuan:
Karnival Hari Terbuka Usahawan Negeri Perak 2023 Daerah Hulu Perak dianjurkan terbuka kepada usahawan, bakal usahawan, peniaga kecil, penjaja dan lain-lain untuk berniaga, mendapatkan khidmat nasihat berkaitan perniagaan, kewangan, program bimbingan usahawan dan sebagainya.
Aktiviti:
PEDi membuka booth untuk pengunjung mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan di PEDi. Selain itu, turut mempromosikan perkhidmatan pendigitalan usahawan sekiranya pengunjung ingin menjalankan perniagaan secara atas talian seperti di platform Shopee, Tiktok, dan sebagainya. Antara program lain adalah pembukaan booth agensi usahawan dan bank, booth jualan produk usahawan, kaunter PERKESO, AKPK, SSM serta jualan barangan keperluan dengan harga subsidi murah oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Tarikh | : 17 Februari 2023 |
Masa | : 10.00 am - 11.30 am |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Pengguna menggunakan kemudahan PC di PEDi Felda Lawin Selatan untuk menyiapkan tugasan bulanan.
Aktiviti:
Ahli PEDi menggunakan kemudahan PC dan internet yang disediakan di PEDi Felda Lawin Selatan untuk menyiapkan laporan kewangan bulanan sekolah agama rakyat. Pengguna menggunakan Microsoft Excel untuk menaip laporan kewangan kerana lebih mudah dan praktikal. Pengguna turut menggunakan servis printing di PEDi untuk print laporan kewangan yang telah disiapkan. Untuk menjadi ahli di PEDi, pengguna hanya perlu mambayar yuran ahli serendah RM5 untuk seumur hidup.
Tarikh | : 24 Februari 2023 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Kursus latihan pengendali makanan diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar kebersihan makanan dapat di jaga.
Aktiviti:
Peserta kursus pengendali makanan menggunakan kemudahan internet dan pc di PEDi Felda Lawin Selatan untuk mengikuti kursus. Kursus pengendali makanan ini diadakan secara atas talian menggunakan platform zoom.
Laporan Aktiviti Februari 2023 : Kelas Asas Microsoft Word (Format Penulisan - Surat Berhenti Kerja)
Tarikh | : 11 Februari 2023 |
Masa | : 02.30 pm - 03.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Kelas asas Microsoft Word disertai oleh ahli PEDi Felda Lawin Selatan. Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta cara membuat surat rasmi pelbagai format penulisan menggunakan Microsoft Word. Kelas adalah secara percuma.
Aktiviti:
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menggunakan microsoft word. Peserta diminta untuk membuat surat dengan format penulisan surat berhenti kerja. Peserta juga dibenarkan untuk melihat contoh surat berhenti kerja sebagai rujukan. Kelebihan menggunakan Microsoft Word adalah mudah untuk menaip pelbagai jenis surat dan menyunting surat mengikut kesesuaian format penulisan.