Tarikh | : 20 Disember 2022 |
Masa | : 09.30 am - 12.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Usahawan (Komuniti Kuala Kangsar) |
Tujuan:
Membantu usahawan dan komuniti setempat untuk menjana pendapatan menggunakan platform shopee.
Aktiviti:
2 orang usahawan dari Kuala Kangsar telah datang ke PEDi Felda Lawin Selatan untuk belajar cara menjana pendapatan menggunakan platform Shopee. Antara perkara asas yang diajar dalam kelas shopee adalah cara daftar dan tetapan akaun penjual, cara guna baucar, diskaun dan penghantaran percuma dan cara untuk tarik viewer / pembeli melalui shopee ads. Kelas Shopee yang diadakan secara bersemuka adalah lebih praktikal kerana Rakan Digital akan membantu satu persatu dan sebarang persoalan boleh diajukan secara terus kepada Rakan Digital.
Tarikh | : 16 Disember 2022 |
Masa | : 09.30 am - 11.00 am |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Murid Darjah 4 SK FLS |
Tujuan:
Menyediakan kemudahan internet dan PC kepada murid darjah 4 Sekolah Rendah Felda Lawin Selatan untuk menjawab ujian pentaksiran yang diadakan secara online (atas talian).
Aktiviti:
Ujian Pentaksiran Kompetensi dan Literasi diadakan selama 1 jam 30 minit. Murid perlu mendaftar masuk terlebih dahulu di link form yang telah disediakan oleh guru bertugas sebelum menjawab ujian. Antara soalan-soalan ujian terdiri dari subjek Matematik dan Sains dalam bentuk objektif. Petugas membantu murid yang mempunyai masalah tidak dapat masuk ke link yang disediakan. Kemudahan internet, PC serta fasiliti yang ada di PEDi Felda Lawin Selatan membantu komuniti serta pelajar sekolah yang memerlukan capaian internet yang kuat.
Tarikh | : 27 November 2022 |
Masa | : 09.30 am - 12.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Komuniti Felda Lawin Selatan |
Tujuan:
Kursus latihan pengendali makanan diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar kebersihan makanan dapat di jaga.
Aktiviti:
PEDi Felda Lawin Selatan bekerjasama dengan NZ Consultant and Services PLT bagi melaksanakan Kursus Latihan Pengendali Makanan. Kursus adalah melalui platform Zoom dan peserta perlu hadir ke PEDi . Staf dari NZ Consultant memberi penerangan dan penjelasan kepada peserta seperti :
-Memberi pemahaman kepada peserta berkenaan isu-isu dan punca keracunan makanan
-Kepentingan amalan kebersihan diri dan tabiat yang tidak baik semasa mengendalikan makanan
-Cara-cara mencuci dan membersihkan peralatan dengan sempurna serta cara-cara pembuangan sampah / sisa makanan yang teratur
-Cara mengendalikan makanan dengan selamat dan cara penyimpanan makanan yang sesuai
-Cara pencegahan pencemaran makanan dan keracunan makanan
-Memberi pengetahuan kepada peserta berkenaan akta perundangan makanan yang berkaitan
Peserta akan diberi sijil yang mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sijil tersebut sah seumur hidup.
Tarikh | : 06 Disember 2022 |
Masa | : 10.00 am - 11.00 am |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Ahli PEDi belajar asas-asas ICT di PEDi Felda Lawin Selatan.
Aktiviti:
Asas ICT yang dipelajari adalah cara memindahkan gambar dan video yang ada di dalam CD ke dalam PC dan telefon. Seterusnya, memilih gambar dan video yang boleh disimpan dan perlu dipadam. Aktiviti ini mengajar komuniti tentang asas-asas menggunakan PC. Petugas PEDi memberi tunjuk ajar secara terperinci.
Tarikh | : 15 November 2022 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Menggunakan kemudahan PC untuk membuat semakan data dan mengisi data.
Aktiviti:
Pengguna menggunakan kemudahan PC di PEDi Felda Lawin Selatan untuk membuat semakan data sempena PRU15. Seterusnya mengisi data tersebut ke dalam Microsoft Excel supaya data lebih tersusun sebelum dicetak keluar. Suasana PEDi yang kondusif dan selesa membantu pengguna lebih selesa semasa membuat kerja.