Tarikh                      : 20 Jun 2023
 Masa   : 10.30 am - 11.30 am
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

Memberi penerangan dan pengetahuan kepada komuniti serta usahawan di Felda Lawin Selatan berkenaan media sosial. 

Aktiviti:

Jabatan Penerangan Daerah Hulu Perak bekerjasam dengan PEDi Felda Lawin Selatan untuk memberi ceramah kepada komuniti dan usahawan. Encik Mohamad Rosiah bin Ahmad, selaku pegawai penerangan daerah hulu perak memberi ceramah berkenaan penggunaan media sosial. Antara isi kandungan ceramah adalah bagaimana usahawan boleh memanfaatkan penggunaan media sosial dan platform seperti shopee untuk menjana pendapatan serta bagaimana menjual produk orang lain tanpa mengeluarkan modal. Selain itu, turut dikongsikan bahaya media sosial sekiranya tidak digunakan dengan betul. Seramai 20 orang peserta telah menyertai program ini. 

 

Gambar Disini