Tarikh | : 16 Februari 2024 |
Masa | : 10.00am - 12.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Komuniti Felda Lawin Selatan |
Tujuan:
Memberi tunjuk ajar kepada bakal pengantin untuk mengisi borang nikah secara atas talian di laman web sppim.
Aktiviti:
-Pendaftaran akaun pengguna. Peserta perlu mendaftar akaun pengguna di laman web SPPIM yang melibatkan penyediaan butiran peribadi dan maklumat lain yang diperlukan.
-Pemeriksaan dokumen. Peserta diminta untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan secara dalam talian, seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan perkahwinan.
-Pengesahan maklumat. Peserta perlu membuat pengesahan untuk memastikan bahawa maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan sah.
Tarikh | : 18 Februari 2024 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Bengkel pemohonan kerja bertujuan memberikan penjelasan tentang langkah-langkah dalam memohon pekerjaan, termasuk cara mengisi borang permohonan, menghantar resume, dan proses seleksi awal.
Aktiviti:
-Bantu peserta untuk menulis surat permohonan kerja yang menarik dan sesuai dengan jawatan yang mereka cari.
-Berikan tips tentang cara memilih pekerjaan yang sesuai dengan minat, bakat, dan matlamat kerjaya.
-Bantu peserta untuk mengisi permohonan kerja secara atas talian menggunakan website yang disediakan.
Tarikh | : 16 Februari 2024 |
Masa | : 03.00 pm - 04.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Komuniti Felda Lawin Selatan |
Tujuan:
Menggalakkan komuniti untuk menggunakan aplikasi whatsapp untuk pelbagai perkara seperti mempromosi perniagaan, membuat panggilan suara dan video, mencipta kumpulan, menghantar dokumen, berkongsi lokasi dengan kenalan dan sebagainya.
Aktiviti:
-Cara mengakses dan menggunakan fungsi-fungsi utama seperti senarai kenalan, sembang, dan panggilan.
-Cara menambah dan menguruskan kenalan dalam senarai kenalan.
-Cara membuat panggilan suara dan video menggunakan WhatsApp.
-Memahami etika dalam penggunaan WhatsApp.
Tarikh | : 17 Februari 2024 |
Masa | : 02.30 pm - 03.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Permainan jigsaw puzzle membantu meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak, termasuk daya ingatan, penumpuan, dan pemprosesan maklumat.
Aktiviti:
Kanak-kanak perlu menggerakkan mouse untuk menyusun puzzle bagi membentuk gambar dengan sempurna. Aktiviti ini bantu meningkatkan kecekapan menggunakan mouse. Selain itu, aktiviti online jigsaw puzzle ini juga dapat menguji keupayaan kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah susunan puzzle dengan sempurna. Menyelesaikan puzzle memerlukan kesabaran dan ketekunan. Kanak-kanak perlu bekerja dengan teliti dan terus mencuba sehingga mereka dapat menyelesaikan keseluruhan puzzle.
Tarikh | : 08 Februari 2024 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Meningkatkan kemahiran pelajar sekolah dalam penggunaan microsft word bagi menyiapkan tugasan.
Aktiviti:
-Petugas membantu peserta untuk menggunakan microsoft word dalam menyiapkan tugasan.
-Mencari maklumat yang diperlukan.
-Cara untuk menetapkan margin dan spacing.
-Menulis tajuk dan kandungan tugasan.
-Menyertakan gambar yang telah di download.