Tarikh                      : 17 Mei 2024
 Masa   : 03.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan microsoft word dan microsoft excel. Bengkel terbuka kepada semua peringkat umur. Peserta yang terlibat sedang dalam proses untuk meningkatkan kemahiran soft skill untuk temuduga pekerjaan.

Aktiviti:

-Peserta menaip contoh surat rasmi menggunakan microsoft word.

-Selain itu peserta turut menggunakan microsoft excel bagi membuat jadual. senarai, memasukkan formula dan sebagainya.

-Peserta juga melaksanakan aktiviti typing test untuk menguji tahap kepantasan menaip. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      :14 Mei 2024
 Masa   : 05.00 pm - 06.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Aktiviti e-learning dan asas ICT bersama pelajar sekolah menengah. 

Aktiviti:

-Pelajar mencari maklumat berkaitan tugasan sekolah di google chrome. 

-Pelajar menggunakan youtube untuk menonton bahan ilmiah berkaitan pendidikan.

-Pelajar menjawab soalan-soalan subjek secara online. 

-Teknologi digital memberi kemudahan kepada pelajar sekolah untuk mendapatkan maklumat, menjawab soalan dan sebagainya.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 12 Mei 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NaDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NaDi

 

 

Tujuan: 

Permainan jigsaw puzzle adalah permainan santai untuk kanak-kanak bagi membantu meningkatkan daya ingatan, kemahiran penumpuan, dan pemprosesan maklumat. Kanak-kanak belajar asas menggunakan komputer sambil bermain permainan yang menyeronokkan. 

Aktiviti:

-Memilih gambar puzzle dan bilangan puzzle kepingan puzzle yang diinginkan.

-Menggerakkan mouse untuk menyusun puzzle bagi membentuk gambar dengan sempurna. Kanak-kanak perlu memastikan kepingan puzzle dimasukkan dalam kawasan yang betul.  Aktiviti ini bantu meningkatkan kecekapan menggunakan mouse.

-Aktiviti online jigsaw puzzle ini dapat menguji keupayaan kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah susunan puzzle dengan sempurna.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 12 Mei 2024
 Masa   : 03.30 pm - 06.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Pelajar sekolah menengah menggunakan kemudahan di NADI untuk menyiapkan tugasan pembentangan. 

Aktiviti:

-Menggunakan kemudahan pc dan internet untuk mencari maklumat tambahan tentang subjek sains.

-Menggunakan kemudahaan fasiliti seperti meja di NADI untuk aktiviti menulis dan melakar. 

-Guna kemudahan printing yang disediakan untuk print out tugasan.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 11 Mei 2024
 Masa   : 10.00 am - 11.00 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Permohonan kemasukan ke institut pengajian awam secara atas talian. 

Aktiviti:

-Pelajar membuat permohonan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA. 

-Syarat kelayakan dan pilihan kursus - Petugas menerangkan tentang syarat kelayakan umum dan khusus untuk memohon ke IPTA serta cara membuat pilihan kursus yang sesuai dengan minat dan kebolehan.

-Proses permohonan UPU online - Langkah-langkah untuk membuat permohonan UPU secara online termasuk pendaftaran akaun, pengisian borang permohonan, dan pilihan kursus.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori