Tarikh                      : 17 April 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.30 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

Bengkel PUPUK@Shopee bertujuan untuk mengajar usahawan cara menjana pendapatan secara atas talian menggunakan platform Shopee. Peserta kali ini adalah dari komuniti luar Felda Lawin Selatan jadi Rakan Digital melaksanakan kelas secara atas talian. 

Aktiviti:

-Mengenali Platform Shopee - Peserta akan mempelajari fungsi-fungsi utama dalam platform seperti mencipta senarai produk, menguruskan inventori, dan memahami sistem pembayaran. Langkah memasukkan produk, menetapkan harga, penggunaan baucar, diskaun dan sebagainya. 

-Kaedah Pembayaran dan Pengurusan Pelanggan - Peserta memperoleh pengetahuan mengenai pelbagai kaedah pembayaran yang disokong oleh Shopee dan bagaimana menguruskan hubungan dengan pelanggan melalui platform ini.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 15 April 2024
 Masa   : 10.30 am - 11.00 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan:

Menggalakkan penggunaan transaksi perbankan secara digital kepada komuniti. Pengguna boleh mengakses semua perkhidmatan perbankan dan membuat pembayaran (bil, pindahan atas talian, pembelian barangan online) dengan lebih mudah dengan adanya akaun perbankan digital.  

Aktiviti:

-Petugas menjelaskan tentang apa itu transaksi perbankan atas talian dan mengapa ia penting dalam era digital.

-Petugas menerangkan langkah-langkah untuk mendaftar dan mengaktifkan akaun perbankan atas talian.

-Penerangan mengenai fungsi-fungsi asas seperti semakan baki, pemindahan wang, pembayaran bil, dan pelaksanaan transaksi lain. 

-Cara menggunakan JomPAY untuk memudahkan pembayaran bil utiliti (air/elektrik/astro/unifi).

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 08 April 2024
 Masa   : 03.00 pm - 04.30 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Mencipta poster bersempena Hari Raya Aidilfitri. 

Aktiviti:

Aktiviti mencipta poster bersempena Hari Raya Aidilfitri disertai oleh ahli NADI. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta memilih template poster, mencari gambar, menukar warna tulisan dan sebagainya. Aktiviti ini membentuk perkembangan kreatif kanak-kanak dan memberi pengetahuan asas menggunakan canva untuk membuat pembentangan, poster, resume dan pelbagai lagi. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan aktiviti seperti ini untuk membentuk pemikiran kreatif. Mereka boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk membuat pelbagai poster yang menarik. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 14 April 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan:

Bengkel penulisan surat rasmi diadakan bertujuan bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft Word, kemahiran menaip dan mengembangkan pengetahuan asas pelajar berkaitan format surat rasmi. Peserta merupakan pelajar Kolej MARA. Peserta membuat surat rasmi untuk kegunaan berkaitan kolej.

Aktiviti:

-Peserta diberi tugasan untuk menaip surat rasmi 

-Petugas membantu peserta berkenaan format surat rasmi yang betul

-Peserta menggunakan bahasa yang betul untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti

-Peserta memasukkan logo / gambar ikut format.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 04 April 2024
 Masa   : 03.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NaDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NaDi

 

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran peserta membuat dokumen yang kreatif dan teratur dengan menggunakan fungsi-fungsi asas perisian di Microsoft Word.

Aktiviti:

-Petugas membantu peserta untuk menggunakan microsoft word dalam menyiapkan tugasan.

-Aktiviti menaip teks - menggunakan perintah asas seperti 'Cut', 'copy' dan 'Paste'. Peserta juga perlu menentukan jenis teks, saiz font dan gaya teks.

-Aktiviti memasukkan gambar - peserta memuatnaik gambar dari folder atau internet. Peserta menambah keterangan dan menyusun gambar bersama teks.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori