Tarikh                      : 05 Januari 2024
 Masa   : 02.45 pm - 06.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

Pegawai Perangkaan membuka kaunter pendaftaran PADU untuk komuniti Felda Lawin Selatan dan komuniti berdekatan. Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat di PADU bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan. 

Aktiviti:

-Mendaftar masuk ke dalam sistem PADU. Kod pengesahan akan dihantar melalui sms di nombor telefon yang telah berdaftar.

-Mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat.

-Membuat pengesahan kad pengenalan dan wajah sebelum maklumat dihantar. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 10 Januari 2024
 Masa   : 03.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

Usahawan ingin menjana pendapatan melalui platfom tiktok shop. Usahawan menyertai bengkel keusahawanan tiktok shop bersama rakan digital PEDi secara atas talian. 

Aktiviti:

-cara mendaftar di tiktok seller

-cara memasukkan produk sendiri dalam tiktok seller

-cara withdraw untung yang diperoleh

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 02 Januari 2024
 Masa   : 03.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Bengkel penulisan resume bertujuan meningkatkan kemahiran komuniti untuk menghasilkan resume yang berkualiti. Terbuka kepada lepasan SPM yang ingin memohon pekerjaan.

Aktiviti:

-Cara penyusunan ayat resume yang kemas dan teratur bagi memudahkan pihak syarikat meneliti resume

-Penggunaan template resume yang bersesuaian / profesional

-Memasukkan pencapaian, pengalaman dan kemahiran yang bersesuaian dengan kerja yang dimohon

 

 Gambar Disini


 

Tarikh                      : 06 Jun 2023
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran komuniti dalam penggunaan Microsoft Word. Bengkel kali ini adalah untuk mengajar peserta cara penulisan surat rasmi. Penulisan surat rasmi digunakan untuk urusan-urusan rasmi seperti urusan jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan dan syarikat swasta. 

Aktiviti:

-Petugas membantu peserta untuk memilih format penulisan surat rasmi yang betul.

-Memberi gambaran contoh perbezaan antara surat rasmi dan surat tidak rasmi. 

-Peserta dapat mengetahui penggunaan bahasa yang betul untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 03 Januari 2023
 Masa   : 10.00am - 12.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PEDi

 

 

Tujuan: 

Memberi tunjuk ajar kepada komuniti untuk membuat permohonan SPA secara online. Bengkel terbuka kepada semua individu yang belum pernah mendaftar SPA dan yang ingin mengemaskini SPA.

Aktiviti:

-Memberi penerangan kepada peserta cara-cara mengisi SPA online.

-Pengguna mendaftar masuk menggunakan email yang aktif.

-Pengguna memasukkan semua maklumat yang wajib diisi (maklumat diri, akademik dan sebagainya).

-Selepas semua maklumat telah diisi, barulah pengguna boleh memilih jawatan yang ingin dipohon bersesuaian dengan kelayakan.

-Petugas membantu peserta memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori