Tarikh | : 14 Disember 2023 |
Masa | : 10.00 am - 12.30 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Usahawan |
Tujuan:
Membuka peluang kepada usahawan untuk mengembangkan pernigaan di platform e-dagang iaitu tiktok shop. Selain shopee, tiktok shop juga mempunyai potensi menjadi salah satu platform perniagaan online yang sering digunakan oleh orang ramai.
Aktiviti:
-cara membuat affiliate di tiktok sekiranya mempunyai jumlah pengikut kurang dari 1000 orang
-cara mendaftar tiktok seller
-cara memasukkan produk sendiri dalam tiktok seller
-cara withdraw untung yang diperoleh
-cara membuat video content yag]ng mampu menarik perhatian
Tarikh | : 18 Disember 2023 |
Masa | : 10.00am - 12.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Memberi tunjuk ajar kepada komuniti untuk membuat permohonan SPA secara online. Bengkel terbuka kepada semua individu yang belum pernah mendaftar SPA dan juga pelajar lepasan SPM.
Aktiviti:
-Pengguna mendaftar masuk menggunakan email yang aktif.
-Pengguna memasukkan semua maklumat yang wajib diisi (maklumat diri, akademik dan sebagainya).
-Selepas semua maklumat telah diisi, barulah pengguna boleh memilih jawatan yang ingin dipohon bersesuaian dengan kelayakan.
Tarikh | : 10 Disember 2023 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Bengkel penulisan resume bertujuan meningkatkan kemahiran komuniti untuk menghasilkan resume yang berkualiti. Bengkel kali ini terbuka untuk mereka yang ingin memohon pekerjaan. Resume yang berkualiti akan meyakinkan pihak syarikat bahawa peserta layak untuk diambil bekerja.
Aktiviti:
-Cara membuat cover letter
-Cara penyusunan ayat resume yang kemas dan teratur bagi memudahkan pihak syarikat meneliti resume
-Penggunaan template resume yang bersesuaian (tidak terlalu crowded supaya kelihatan lebih profesional)
-Memasukkan pencapaian, pengalaman dan kemahiran yang bersesuaian dengan kerja yang dimohon
Tarikh | : 15 Disember 2023 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PEDi |
Tujuan:
Mengadakan aktiviti STEM untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang sains dan teknologi. Peserta perlu mencipta kapal terbang kertas yang dapat meluncur jauh.
Aktiviti:
- Petugas menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk mencipta kapal terbang.
- Peserta dikehendaki mencipta kapal terbang kertas mengikut kreativiti masing-masing. Saiz dan bentuk kapal terbang adalah terpulang kepada peserta.
- Kapal terbang mestilah boleh meluncur jauh.
Tarikh | : 11 Disember 2023 |
Masa | : 10.00 am - 11.00 am |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Komuniti Felda Lawin Selatan |
Tujuan:
Menggalakkan komuniti membuat transaksi perbankan secara digital. Dengan adanya akaun perbankan secara digital, pengguna boleh mengakses semua perkhidmatan perbankan dan membuat pembayaran (bil, pindahan atas talian, pembelian barangan online) dengan lebih mudah.
Aktiviti:
-Petugas mengajar cara mendaftar akaun Maybank2u dan MAE.
-Petugas menunjuk cara membuat pembayaran online serta cara aktifkan scan & pay di aplikasi MAE.
-Cara menggunakan JomPAY untuk memudahkan pembayaran bil utiliti (air/elektrik/astro/unifi).