Tarikh                      : 01 Mac 2024
 Masa   : 03.00 pm - 05.30 pm
 Lokasi : NaDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

Bengkel PUPUK@Shopee bertujuan untuk memberikan peserta pengetahuan dan kemahiran asas dalam menggunakan platform Shopee sebagai alat untuk menjalankan perniagaan dalam talian. Peserta kali ini adalah dari komuniti luar Felda Lawin Selatan jadi Rakan Digital melaksanakan kelas secara atas talian. 

Aktiviti:

-Mengenali Platform ShopeePeserta akan mempelajari fungsi-fungsi utama dalam platform seperti mencipta senarai produk, menguruskan inventori, dan memahami sistem pembayaran.

-Kaedah Pembayaran dan Pengurusan Pelanggan - Peserta memperoleh pengetahuan mengenai pelbagai kaedah pembayaran yang disokong oleh Shopee dan bagaimana menguruskan hubungan dengan pelanggan melalui platform ini.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 01 Mac 2024
 Masa   : 10.00 am - 03.00 pm
 Lokasi : NaDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

Pihak Tabung Haji Gerik berkolaborasi bersama NaDi Felda Lawin Selatan menjayakan perkhidmatan kaunter bergerak tabung haji kepada komuniti Felda Lawin Selatan dan penduduk kawasan sekitar. Tabung Haji menyediakan beberapa perkhidmatan untuk memudahkan penduduk tanpa perlu ke cawangan tabung haji. Pegawai bertugas akan membantu sebarang urusan atau pertanyaan berkaitan tabung haji. 

Aktiviti:

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah :

-Pembukaan akaun baru tabung haji kanak-kanak dan dewasa

-Pendaftaran THijari

-Pendaftaran TH Khairat

-Mengemaskini maklumat peribadi

-Pendaftaran haji

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 20 Februari 2024
 Masa   : 02.00 pm - 06.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

PEDi Felda Lawin Selatan menganjurkan kelas editing canva bersempena Mini Program@PEDi terbuka kepada usahawan dan komuniti sekitar. Kelas ini bertujuan mengajar usahawan cara untuk mengedit gambar produk supaya lebih menarik untuk dijadikan sebagai iklan perniagaan mereka. 

Aktiviti:

-Peserta mendaftar masuk di akaun canva.

-Peserta memilih template poster yang akan digunakan dan memasukkan gambar produk perniagaan masing-masing. 

-Peserta mengedit gambar produk, memasukkan maklumat seperti nama produk, kebaikan produk, harga, nombor telefon atau email yang boleh dihubungi.

-Selepas siap poster produk, peserta memuat turun gambar ke dalam pc dan memuatnaik poster produk tersebut ke dalam akaun shopee seller centre.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 20 Februari 2024
 Masa   : 02.00 pm - 06.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

PEDi Felda Lawin Selatan menganjurkan bengkel AI dan ChatGPT bersempena Mini Program@PEDi terbuka kepada usahawan dan komuniti sekitar. Kelas ini bertujuan untuk mengajar cara mencipta copywriting dan huraian produk perniagaan bagi memudahkan usahawan untuk membuat copywriting produk yang mampu menarik minat pelanggan. 

Aktiviti:

-Peserta mendaftar masuk ke akaun ChatGPT menggunakan email masing-masing. 

-Peserta memasukkan maklumat produk masing-masing ke dalam ChatGPT seperti nama produk, harga, variasi produk, promosi.

-ChatGPT akan menghasilkan copywriting produk usahawan secara automatik. 

-Peserta menyalin copywriting yang dihasilkan di ChatGPT ke Microsoft Word bertujuan untuk mengedit dan menambah baik ayat tersebut.

-Peserta memasukkan copywriting ke dalam kotak huraian produk di shopee seller centre.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 20 Februari 2024
 Masa   : 02.00 pm - 06.00 pm
 Lokasi : PEDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

PEDi Felda Lawin Selatan menganjurkan kelas shopee basic to advance bersempena Mini Program@PEDi terbuka kepada usahawan dan komuniti sekitar. Kelas ini bertujuan membuka peluang kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaan di platform shopee.

Aktiviti:

-Peserta mendaftar masuk di akaun seller centre shopee.

-Peserta memasukkan maklumat seperti nama, alamat penuh untuk memudahkan pihak kurier mengambil barang, lokasi tepat, maklumat penghantaran barang dan sebagainya. 

-Peserta memasukkan gambar produk, huraian berkaitan produk mestilah menarik dan tepat, maklumat mengenai berat produk, penggunaan voucher.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori