Tarikh                      : 14 April 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan:

Bengkel penulisan surat rasmi diadakan bertujuan bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Microsoft Word, kemahiran menaip dan mengembangkan pengetahuan asas pelajar berkaitan format surat rasmi. Peserta merupakan pelajar Kolej MARA. Peserta membuat surat rasmi untuk kegunaan berkaitan kolej.

Aktiviti:

-Peserta diberi tugasan untuk menaip surat rasmi 

-Petugas membantu peserta berkenaan format surat rasmi yang betul

-Peserta menggunakan bahasa yang betul untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti

-Peserta memasukkan logo / gambar ikut format.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 08 April 2024
 Masa   : 03.00 pm - 04.30 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Mencipta poster bersempena Hari Raya Aidilfitri. 

Aktiviti:

Aktiviti mencipta poster bersempena Hari Raya Aidilfitri disertai oleh ahli NADI. Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta memilih template poster, mencari gambar, menukar warna tulisan dan sebagainya. Aktiviti ini membentuk perkembangan kreatif kanak-kanak dan memberi pengetahuan asas menggunakan canva untuk membuat pembentangan, poster, resume dan pelbagai lagi. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan aktiviti seperti ini untuk membentuk pemikiran kreatif. Mereka boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk membuat pelbagai poster yang menarik. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 22 Mac 2024
 Masa   : 03.00 pm - 04.00 pm
 Lokasi : NaDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NaDi

 

 

Tujuan: 

Bengkel pemohonan biasiswa untuk pelajar pengajian tinggi memohon bantuan pendidikan. 

Aktiviti:

-Petugas membantu pelajar untuk mengisi maklumat permohonan.

-Petugas menerangkan terma dan syarat yang melayakkan pelajar membuat permohonan. 

-Pelajar memuat naik dokumen yang diperlukan.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 04 April 2024
 Masa   : 03.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NaDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NaDi

 

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran peserta membuat dokumen yang kreatif dan teratur dengan menggunakan fungsi-fungsi asas perisian di Microsoft Word.

Aktiviti:

-Petugas membantu peserta untuk menggunakan microsoft word dalam menyiapkan tugasan.

-Aktiviti menaip teks - menggunakan perintah asas seperti 'Cut', 'copy' dan 'Paste'. Peserta juga perlu menentukan jenis teks, saiz font dan gaya teks.

-Aktiviti memasukkan gambar - peserta memuatnaik gambar dari folder atau internet. Peserta menambah keterangan dan menyusun gambar bersama teks.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 20 Mac 2024
 Masa   : 03.00 pm - 04.30 pm
 Lokasi : NaDi Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

Memperkenalkan platform e dagang kepada usahawan bagi membolehkan mereka mengembangkan potensi perniagaan. 

Aktiviti:

-Pendaftaran baru akaun shopee seller centre. 

-Mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama kedai, alamat.

-Memasukkan produk jualan serta huraian bagi produk.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori