Tarikh | : 18 April 2024 |
Masa | : 03.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2024/2025 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUOnline® telah dibuka. NADI melaksanakan bengkel permohonan terbuka kepada pelajar bertujuan untuk memberi penerangan dan bimbingan kepada pelajar yang ingin memohon ke program pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melalui sistem permohonan UPU (Unit Pusat Universiti).
Aktiviti:
-Pengenalan kepada sistem UPU - Petugas NADI memberi penerangan tentang apa itu sistem UPU, bagaimana ia berfungsi, dan peranan UPU dalam proses permohonan ke IPTA.
-Syarat kelayakan dan pilihan kursus - Petugas menerangkan tentang syarat kelayakan umum dan khusus untuk memohon ke IPTA serta cara membuat pilihan kursus yang sesuai dengan minat dan kebolehan.
-Proses permohonan UPU online - Langkah-langkah untuk membuat permohonan UPU secara online termasuk pendaftaran akaun, pengisian borang permohonan, dan pilihan kursus.