Tarikh                      : 11 Jun 2024
 Masa   : 10.00 am - 11.00 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Pendaftaran Tahun 1 untuk sesi 2025 secara online ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.

Aktiviti:

Pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di Daftar Pengguna sistem IDME. Pendaftaran wajib dilakukan oleh ibu bapa/penjaga. Emel adalah wajib kerana link pengesahan akan dihantar ke email yang didaftarkan. Antara maklumat yang perlu diisi adalah maklumat ibu bapa/penjaga, alamag kediaman, maklumat tanggungan, rekod kesihatan, rekod imunisasi kanak-kanak.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 10 Jun 2024
 Masa   : 10.00 am - 11.30 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Bengkel memohon kemasukan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMa) terbuka kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran terutama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). IPMa bermula dari peringkat sijil, Asasi, diploma, ijazah hinggalah ke peringkat tertinggi sama ada di dalam atau luar negara.

Aktiviti:

-Semak syarat kelayakan - Peserta perlu memenuhi syarat kelayakan akademik dan lain-lain yang ditetapkan untuk program yang diminati.

-Membuat permohonan dalam talian - Peserta mengisi borang permohonan secara dalam talian di laman web rasmi KPM atau melalui portal permohonan MARA.

-Memuat naik dokumen - Perlu sediakan dan muat naik dokumen sokongan seperti sijil SPM, transkrip akademik, dan dokumen peribadi.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 06 Jun 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan:

Peserta ingin menyiapkan tugasan kerja kursus menggunakan microsoft word dalam masa yang sama bantu meningkatkan kemahiran asas ICT  peserta. Bengkel terbuka kepada pelajar sekolah menengah. 

Aktiviti:

-Peserta mencari contoh format kerja kursus di google chrome untuk dijadikan sebagai rujukan tugasan kerja kursus sekolah.

-Petugas membantu peserta untuk membuat jadual isi kandungan menggunakan format yang betul.

-Peserta perlu mencari gambar peta untuk dimasukkan sebagai lampiran kerja kursus. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 08 Jun 2024
 Masa   : 03.30 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Wakil Komuniti

 

 

Tujuan:

NADI melaksanakan bengkel penulisan rancangan perniagaan untuk digunakan bagi membuat permohonan bantuan dana melalui Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI). Pelaksanaan Program SejaTi MADANI merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian Dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.

Aktiviti:

- Program yang dipohon hendaklah program/ aktiviti yang dapat meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat dalam lima sektor utama iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraf tangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti, serta aktiviti hijau dan kitar semula.

- Wakil yang terdiri daripada kalangan ahli JPKK/ MPKK/ JPKKP/ Komuniti Kampung yang telah diberikan kuasa boleh memohon pendaftaran ID di dalam sistem MySejaTi MADANI.

- Wakil perlu menyediakan dan memuatnaik dokumen yang diperlukan seperti Carta Perbatuan pelaksanaan program, laporan pelaksanaan aktiviti.

 

Gambar Disini


 

 

Tarikh                      : 05 Jun 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti / Usahawan

 

 

Tujuan: 

Kelas keusahawanan Shopee@PUPUK bertujuan membantu komuniti menjana pendapatan secara atas talian menggunakan platform Shopee. Kelas terbuka kepada semua komuniti sama ada usahawan, suri rumah, pelajar.

Aktiviti:

-Mengenali Platform Shopee - Peserta akan mempelajari fungsi-fungsi utama dalam platform seperti mencipta senarai produk, menguruskan inventori, dan memahami sistem pembayaran. Langkah memasukkan produk, menetapkan harga, penggunaan baucar, diskaun dan sebagainya. 

-Kaedah Pembayaran dan Pengurusan Pelanggan - Peserta memperoleh pengetahuan mengenai pelbagai kaedah pembayaran yang disokong oleh Shopee dan bagaimana menguruskan hubungan dengan pelanggan melalui platform ini.

-Petugas akan menunjukkan langkah memasukkan produk dengan terperinci. Petugas juga membantu peserta untuk menetapkan harga yang bersesuaian dan memberi keuntungan kepada peserta. 

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori