Tarikh                    : 13 Julai 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan:

Belajar subjek English tahun 4 secara e-learning menggunakan medium YouTube. 

Aktiviti:

-Kaedah pembelajaran secara elearning lebih menarik dan mudah untuk diakses di mana-mana.

-Pelajar boleh memilih sendiri video pembelajaran yang menarik minat mereka.

-Pelajar boleh mendengar, melihat dan menyebut perkataan yang terpapar dengan jelas. 

-Boleh membantu pelajar untuk menyebut perkataan dan menulis dengan betul.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 13 Julai 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Usahawan

 

 

Tujuan: 

NADI melaksanakan bengkel pendaftaran SSM terbuka kepada usahawan yang ingin mendaftar perniagaan mereka. Di Malaysia, setiap usahawan wajib mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berdasarkan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Mendaftar dengan SSM memberikan status sah kepada perniagaan di mata undang-undang.

Aktiviti:

-Usahawan perlu mendaftar akaun ezbiz terlebih dahulu. Memasukkan maklumat diri (nama mengikut ic, alamat kediaman).

-Membuat pengesahan diri, memuatnaik ic depan dan belakang, dokumen tambahan seperti kesen memandu.

-Selepas selesai pengesahan, usahawan boleh mengisi maklumat perniagaan (nama perniagaan, alamat perniagaan).

-Mencetak sijil SSM dan maklumat-maklumat perniagaan.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 10 Julai 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti / Usahawan

 

 

Tujuan: 

Membantu usahawan untuk mengembangkan peluang perniagaan e-dagang di platform shopee. Antara kelebihan usahawan menjual di platform e-dagang adalah usahawan boleh menawarkan produk atau servis mereka di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa kerana kedai online boleh diakses 24 jam.

Aktiviti:

-Mencipta akaun jualan shopee.

-Mengisi maklumat seperti nama kedai, alamat, maklumat ssm.

-Memasukkan produk, membuat voucher.

-Kursus asas shopee ini dijalankan secara percuma dan terbuka kepada mana-mana usahawan yang baru ingin bermula atau sudah pernah membuat jualan di shopee.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 12 Julai 2024
 Masa   : 04.30 pm - 05.30 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Bengkel asas ICT kepada pelajar lepasan SPM yang sedang dalam proses untuk memohon menyambung pelajaran di institut pengajian tinggi. 

Aktiviti:

-Pengguna mencari maklumat berkaitan kos di institut pengajian tinggi yang bersesuaian.

-Pengguna membuat permohonan, melampirkan dokumen yang diperlukan.

-Pengguna menyemak email dengan kerap agar tidak terlepas sebarang tawaran.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 09 Julai 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.30 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Pelajar Tingkatan Enam

 

 

Tujuan:

Pelajar datang ke NADI untuk menggunakan perkhidmatan dan fasiliti bagi menyiapkan tugasan kerja kursus.

Aktiviti:

-Pelajar perlu menyiapkan tugasan kerja kursus subjek seni tingkatan enam.

-Pelajar mencari mencari gambar kemudian menggunakan servis printing di NADI. Gambar digunakan sebagai rujukan,

-Kemudahan fasiliti seperti kerusi dan meja di NADI bantu pelajar untuk membuat tugasan dengan selesa. 

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori