Tarikh                      : 21 September 2024
 Masa   : 09.50 am - 10.50 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan:

Bengkel penulisan surat rasmi untuk pelajar sekolah menengah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penulisan pelajar, pelajar akan memahami format penulisan yang betul, gaya bahasa yang tepat untuk digunakan. Selain itu juga sebagai persediaan untuk dunia kerja kerana kemahiran menulis surat rasmi penting sekiranya pelajar perlu membuat sebarang permohonan rasmi di masa hadapan. 

Aktiviti:

-Peserta ditugaskan membuat beberapa contoh surat rasmi seperti surat tidak hadir ke sekolah, surat permohonan bantuan kewangan, surat permohonan menggunakan dewan orang ramai untuk pertandingan badminton.

-Peserta merujuk contoh surat rasmi yang mengikut susunan format yang tepat.

-Petugas menunjukkan cara susunan ayat yang kemas dan lengkap serta penggunaan bahasa formal.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 17 September 2024
 Masa   : 09.15 am - 11.00 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Pelajar perlu menduduki ujian berkaitan penggunaan microsoft word. Pelajar menggunakan kemudahan yang ada di NADI untuk membuat latihan supaya lebih cekap dan lebih memahami cara menggunakan microsoft word. Petugas membantu menjawab persoalan pelajar berkaitan microsoft word.

Aktiviti:

-Pelajar perlu mengikut format yang telah disediakan.

-Menggunakan 'drop cap' untuk memasukkan huruf besar di awal perkataan di perenggan pertama.

-Membuat 'table' secara automatik dengan memasukkan bilangan kolum serta bilangan barisan. 

-Menggunakan fungsi 'bullet' untuk membuat senarai berpoin yang memudahkan pembaca memahami dan mengelompokkan maklumat.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 10 September 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.40 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan:

Pelajar menggunakan kemudahan di NADI untuk mencari maklumat berkaitan kerja kursus dan membuat kerja kursus. 

Aktiviti:

-Pelajar mencari maklumat berkaitan tajuk kerja kursus tingkatan 6 untuk matapelajaran ekonomi. 

-Pelajar menggunakan microsoft word untuk membuat soalan kaji selidik. 

-Memasukkan imej peta, jadual dan pelbagai imej lain sebagai rujukan di dalam lampiran kerja kursus.

-Menggunakan servis printing di NADI untuk mencetak salinan tugasan kerja kursus.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 11 September 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Aktiviti permainan pendidikan digital membantu merangsang minat pelajar melalui pendekatan yang menyeronokkan. Selain itu, dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran yang berkaitan dengan matapelajaran tertentu. Permainan pendidikan digital juga dapat disesuaikan mengikut tahap kemahiran individu. 

Aktiviti:

-Pengguna memilih laman web permainan pendidikan yang sesuai mengikut umur.

-Permainan secara kolaboratif iaitu permainan secara dalam kumpulan yang dapat menggalakkan kerjasama dan komunikasi. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 09 September 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.30 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Pelajar membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus tingkatan 4 untuk tahun 2025. Pelajar meminta bantuan tunjuk ajar dari petugas kerana permohonan perlu dibuat secara atas talian. Sekolah khusus terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). 

Aktiviti:

-Pelajar perlu memastikan maklumat pemohon, ibubapa dan penjaga dikemaskini pada modul pengurusan murid di public.moe.gov.my

-Pelajar perlu mengisi dan menyemak semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat. Kesilapan mengisi borang permohonan boleh mengakibatkan permohonan tidak dipertimbangkan

-Pelajar memilih permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV)

-Memuatnaik dokumen yang diperlukan dalam permohonan

-Pelajar boleh membuat pengemaskinian maklumat sehingga tarikh tutup permohonan

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori