Tarikh | : 26 September 2024 |
Masa | : 10.00 am - 12.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Pengguna hadir ke NADI untuk menyertai online meeting yang dilaksanakan menggunakan platform microsoft teams. Microsoft Teams menyediakan fungsi rakaman mesyuarat, di mana sesi mesyuarat boleh dirakam dan disimpan
Aktiviti:
-Pengguna boleh terus menggunakan aplikasi Microsoft Teams sedia ada di dalam pc.
-Membuka pautan mesyuarat yang telah diterima melalui emel.
-Pengguna akan diberi pilihan untuk mengaktifkan atau mematikan kamera dan mikrofon.
-Pengguna boleh menggunakan fungsi chat untuk menghantar mesej teks, pautan, atau fail kepada peserta lain.
Tarikh | : 23 September 2024 |
Masa | : 10.00 am - 11.00 am |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Pengguna hadir ke NADI untuk mendaftar Sistem Pengurusan IDentiti idMe KPM, bertujuan untuk membolehkan pendaftaran murid tahun 1 sesi 2025 dilakukan.
Aktiviti:
-Buka pelayar web dan layari laman rasmi IDME KPM.
-Klik pada bahagian "Daftar Akaun Baru" untuk pengguna kali pertama. Bagi pengguna yang telah mendaftar sebelum ini, hanya log masuk menggunakan ID dan kata laluan sedia ada.
-Mengisi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran akaun baharu seperti nama penuh, nombor mykad ibubapa/penjaga, emel yang aktif, nombor telefon.
Tarikh | : 27 September 2024 |
Masa | : 04.00 pm - 05.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Aktiviti pembelajaran secara e-learning di YouTube. Menonton video berkenaan subjek sejarah tahun 6 dan mencari maklumat berkaitan subjek untuk tugasan sekolah.
Aktiviti:
-Membuka YouTube dan menaip kata kunci untuk video subjek Sejarah tahun 6.
-Memilih video berkenaan topik pembentukan Malaysia.
-Antara kelebihan menggunakan YouTube untuk e-learning adalah video di YouTube boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja selagi ada sambungan internet. Ini memudahkan pelajar belajar mengikut jadual mereka sendiri.
Tarikh | : 09 September 2024 |
Masa | : 09.00am - 01.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Usahawan |
Tujuan:
Sesi taklimat pendaftaran perniagaan anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kolaborasi bersama NADI. Membantu usahawan baru dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memulakan perniagaan dengan cara yang sah.
Aktiviti:
-Pegawai SSM memberi penerangan tentang cara-cara mendaftarkan perniagaan sama ada sebagai milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sendirian berhad.
-Usahawan akan didedahkan kepada hak-hak mereka sebagai pemilik perniagaan, serta tanggungjawab sebagai majikan dan peniaga.
-SSM menawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) kepada golongan usahawan B40 dan pelajar IPTA / IPTS.
Tarikh | : 21 September 2024 |
Masa | : 03.30 pm - 04.30 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Membuat permohonan bantuan pendidikan serta membuat semakan kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi ambilan sesi 1 2024/2025. Permohonan bantuan dan semakan pengambilan adalah secara atas talian.
Aktiviti:
-Memastikan semua maklumat wajib pemohon tepat bagi mengelakkan sebarang permasalahan sewaktu proses pendaftaran di UPSI.
-Mencetak keluar surat tawaran serta pelekat kenderaan untuk hari pendaftaran.
-Pelajar mengisi permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak di laman web rasmi yayasanperak. Seterusnya, mencetak keluar permohonan serta senarai semak dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan.