Tarikh | : 21 September 2024 |
Masa | : 03.30 pm - 04.30 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Membuat permohonan bantuan pendidikan serta membuat semakan kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi ambilan sesi 1 2024/2025. Permohonan bantuan dan semakan pengambilan adalah secara atas talian.
Aktiviti:
-Memastikan semua maklumat wajib pemohon tepat bagi mengelakkan sebarang permasalahan sewaktu proses pendaftaran di UPSI.
-Mencetak keluar surat tawaran serta pelekat kenderaan untuk hari pendaftaran.
-Pelajar mengisi permohonan Insentif Siswa Yayasan Perak di laman web rasmi yayasanperak. Seterusnya, mencetak keluar permohonan serta senarai semak dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan.