Tarikh                      : 11 September 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Aktiviti permainan pendidikan digital membantu merangsang minat pelajar melalui pendekatan yang menyeronokkan. Selain itu, dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran yang berkaitan dengan matapelajaran tertentu. Permainan pendidikan digital juga dapat disesuaikan mengikut tahap kemahiran individu. 

Aktiviti:

-Pengguna memilih laman web permainan pendidikan yang sesuai mengikut umur.

-Permainan secara kolaboratif iaitu permainan secara dalam kumpulan yang dapat menggalakkan kerjasama dan komunikasi. 

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 10 September 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.40 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan:

Pelajar menggunakan kemudahan di NADI untuk mencari maklumat berkaitan kerja kursus dan membuat kerja kursus. 

Aktiviti:

-Pelajar mencari maklumat berkaitan tajuk kerja kursus tingkatan 6 untuk matapelajaran ekonomi. 

-Pelajar menggunakan microsoft word untuk membuat soalan kaji selidik. 

-Memasukkan imej peta, jadual dan pelbagai imej lain sebagai rujukan di dalam lampiran kerja kursus.

-Menggunakan servis printing di NADI untuk mencetak salinan tugasan kerja kursus.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 07 September 2024
 Masa   : 09.00 am - 01.00 pm
 Lokasi : Lata Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Felda Lawin Selatan

 

 

Tujuan: 

Program Santai Hari Malaysia dan Merdeka Ride diadakan di Lata Felda Lawin Selatan. Terdapat pelbagai acara pertadingan menarik yang dijalankan terbuka kepada semua warga sekitar Lawin, NADI dijemput menjadi juri untuk pertandingan mewarna kategori kanak-kanak dan dewasa. 

Aktiviti:

Antara acara pertandingan yang diadakan adalah :

-Pertandingan mewarna kanak-kanak dan dewasa

-Pertandingan karaoke lagu patriotik

-Pertandingan tumbuk sambal belacan dan masak lemak pucuk ubi

-Pertandingan motosikal lambat

-Netball shooter terbuka kepada wanita dewasa

-Acara semakin jauh semakin sayang

-Tukar minyak hitam secara percuma terhad kepada 200 unit motosikal terawal

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 09 September 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.30 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Pelajar membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus tingkatan 4 untuk tahun 2025. Pelajar meminta bantuan tunjuk ajar dari petugas kerana permohonan perlu dibuat secara atas talian. Sekolah khusus terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). 

Aktiviti:

-Pelajar perlu memastikan maklumat pemohon, ibubapa dan penjaga dikemaskini pada modul pengurusan murid di public.moe.gov.my

-Pelajar perlu mengisi dan menyemak semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat. Kesilapan mengisi borang permohonan boleh mengakibatkan permohonan tidak dipertimbangkan

-Pelajar memilih permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV)

-Memuatnaik dokumen yang diperlukan dalam permohonan

-Pelajar boleh membuat pengemaskinian maklumat sehingga tarikh tutup permohonan

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 08 September 2024
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

NADI mengadakan pertandingan mencipta buku skrap bertemakan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Peserta menggunakan Canva untuk mencipta buku skrap.

Aktiviti:

-Log masuk atau daftar akaun jika belum mempunyai akaun canva.

-Mencari template scrapbook atau buku skrap. Peserta memilih templat yang sesuai dengan citarasa dan tema buku skrap merdeka.

-Menambahkan imej dengan cara klik pada tab Uploads di bahagian kiri dan muat naik gambar-gambar yang ingin dimasukkan dalam buku skrap.

-Peserta boleh menggunakan Elements untuk mencari pelekat, bingkai, ikon, dan corak yang boleh mempercantik buku skrap.

-Menambahkan teks untuk menerangkan gambar atau kenangan yang ada dalam buku skrap.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori