Tarikh                      : 04 Ogos 2024
 Masa   : 02.00 pm - 04.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2025 melalui portal pekebun kecil RISDA. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah salah satu bentuk bantuan yang disediakan oleh RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) untuk membantu pekebun kecil menghadapi cabaran semasa musim tengkujuh. BMT bertujuan untuk meringankan beban kewangan pekebun kecil yang terjejas oleh musim tengkujuh, terutamanya mereka yang kehilangan pendapatan akibat daripada cuaca buruk yang mengganggu aktiviti pertanian dan pengeluaran getah.

Aktiviti:

-Pendaftaran dan Pengemaskinian Maklumat : Pekebun kecil perlu mendaftar dan mengemaskini maklumat terkini terlebih dahulu.

-Pengguna perlu mengemaskini maklumat profil pengguna dan maklumat tanah, selepas itu membuat permohonan baru untuk bantuan musim tengkujuh.

-Antara dokumen yang perlu dimuatnaik adalah kad pengenalan pemilik tanah, salinan geran tanah pertanian dan salinan maklumat akaun bank.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 03 Ogos 2024
 Masa   : 10.00 am - 11.00 am
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Mencari bahan rujukan untuk melaksanakan aktiviti STEM di sekolah. Pelajar menonton aktiviti STEM berkaitan eksperimen sains di youtube 

Aktiviti: 

-Pelajar mencari bahan tontonan STEM di youtube. Aktiviti ini berfokus kepada eksperimen sains mudah dan ringkas.

-Pelajar perlu mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen.

-Pelajar juga merujuk contoh eksperimen yang telah dilaksanakan oleh sekolah-sekolah lain.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 28 Julai 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Menonton aktiviti STEM iaitu permainan lambung dan hitung yang berkaitan subjek matematik untuk pelajar sekolah rendah.

Aktiviti: 

- Petugas mencari bahan tontonan STEM di youtube.

-Permainan ini berfokus kepada aktiviti membilang dan mengira, mengenal nombor dan juga meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat operasi tambah, tolak dan darab.  

-Aktiviti STEM ini boleh dilaksanakan secara berkumpulan. Peserta yang menyelesaikan semua operasi tambah, tolak dan darab dikira sebagai pemenang.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                      : 02 Ogos 2024
 Masa   : 03.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

NADI mengadakan pertandingan cipta poster hari kemerdekaan, terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. 

Aktiviti:

-Peserta mendaftar masuk ke akaun canva menggunakan email masing-masing.

-Peserta memilih template poster yang bersesuaian dengan tema hari kemerdekaan. 

-Mengubahsuai jenis font, memasukkan ilustrasi tema merdeka.

-Petugas membantu menjawab semua pertanyaan dari peserta berkaitan cara menggunakan canva.

-Aktiviti ini membolehkan peserta mengembangkan kreativiit mereka untuk mencipta poster yang menarik dan menepati tema.

 

Gambar Disini 


 

Tarikh                      : 27 Julai 2024
 Masa   : 03.00 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran komuniti untuk memasukkan data ke dalam microsoft excel. Bengkel terbuka kepada semua golongan. 

Aktiviti:

-Peserta perlu mengisi data untuk Ahli Jawatankuasa Kampung.

-Antara data yang perlu dimasukkan seperti nama, no kad pengenalan, umur. Data perlu dimasukkan mengikut kolum yang betul. 

-Mengedit dan mengubah data :- Mengedit data dalam sel, menggunakan fungsi cut, copy, dan paste.

-Format sel dan data :- Menggunakan format teks (font, warna, bold, italic), menyesuaikan lebar kolum dan tinggi baris.

-Pengurusan data :- Menggunakan sort dan filter untuk mengatur dan mencari data.

 

Gambar Disini


 

Sub-kategori