Tarikh | : 24 Ogos 2024 |
Masa | : 10.00 am - 12.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli NADI |
Tujuan:
Bengkel penulisan resume untuk belia Felda Lawin Selatan yang sedang ingin memohon pekerjaan baru.
Aktiviti:
-Pemilihan template resume yang bersesuaian dan formal di Microsoft Word.
-Penggunaan format tulisan mudah dibaca dengan menggunakan huruf dan saiz fon yang jelas untuk memudahkan pihak penemuduga membaca resume.
-Memasukkan pengalaman kerja yang lepas dan menerangkan secara ringkas tugas dan tanggungjawab. Selain itu, maklumat kemahiran juga adalah penting supaya penemuduga dapat melihat kelebihan yang ada pada calon seperti kemahiran menggunakan software.
-Peserta juga perlu memasukkan gambar terkini serta maklumat terkini untuk dihubungi seperti nombor telefon, email.