Tarikh                      : 09 September 2024
 Masa   : 04.00 pm - 05.30 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Pelajar membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus tingkatan 4 untuk tahun 2025. Pelajar meminta bantuan tunjuk ajar dari petugas kerana permohonan perlu dibuat secara atas talian. Sekolah khusus terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). 

Aktiviti:

-Pelajar perlu memastikan maklumat pemohon, ibubapa dan penjaga dikemaskini pada modul pengurusan murid di public.moe.gov.my

-Pelajar perlu mengisi dan menyemak semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat. Kesilapan mengisi borang permohonan boleh mengakibatkan permohonan tidak dipertimbangkan

-Pelajar memilih permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV)

-Memuatnaik dokumen yang diperlukan dalam permohonan

-Pelajar boleh membuat pengemaskinian maklumat sehingga tarikh tutup permohonan

 

Gambar Disini