Tarikh                      : 04 Ogos 2024
 Masa   : 02.00 pm - 04.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli NADI

 

 

Tujuan: 

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2025 melalui portal pekebun kecil RISDA. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah salah satu bentuk bantuan yang disediakan oleh RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) untuk membantu pekebun kecil menghadapi cabaran semasa musim tengkujuh. BMT bertujuan untuk meringankan beban kewangan pekebun kecil yang terjejas oleh musim tengkujuh, terutamanya mereka yang kehilangan pendapatan akibat daripada cuaca buruk yang mengganggu aktiviti pertanian dan pengeluaran getah.

Aktiviti:

-Pendaftaran dan Pengemaskinian Maklumat : Pekebun kecil perlu mendaftar dan mengemaskini maklumat terkini terlebih dahulu.

-Pengguna perlu mengemaskini maklumat profil pengguna dan maklumat tanah, selepas itu membuat permohonan baru untuk bantuan musim tengkujuh.

-Antara dokumen yang perlu dimuatnaik adalah kad pengenalan pemilik tanah, salinan geran tanah pertanian dan salinan maklumat akaun bank.

 

Gambar Disini