Tarikh            : 13 Mac 2019
 Masa   : 9.30 am - 2.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Gerik
 Peserta : Penolong Pengurus Kluster Hulu Perak

 

z

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memantapkan serta mengukuhkan lagi kemahiran penggunaan Adobe Photoshop dalam kalangan Penolong Pengurus (AM) Kluster Hulu Perak. Ini kerana ia adalah satu keperluan bagi AM untuk menguasai penggunaan Adobe Photoshop secara asas dan seterusnya secara 'Advance' untuk digunakan sebagai cara untuk mengajar kepada komuniti.

 

Aktiviti 

Kelas dimulakan dengan membuat kembali proses awalan atau cara asas dan seterusnya ke proses pembuatan poster. Bagi proses pembuatan poster, AM bersama sama berkongsi teknik dalam mengajar serta menekankan cara seperti contoh 'crop', 'shadow' dan sebagainya untuk menjadikan poster lebih menarik dan kreatif.

 

Gambar disini


Tarikh                              : 18 Mac 2019
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli Pusat Internet

 

IMG 3874

 

Tujuan: 

Sistem pendaftaran atas talian (online) ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke prasekolah dan tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.

 

Aktiviti:

Pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di Daftar Pengguna. Untuk pendaftaran tahun 1, maklumat tambahan yang perlu diisi adalah seperti maklumat prasekolah/ tadika, rekod kesihatan, rekod imunisasi kanak-kanak dan pelbagai lagi.

 

Gambar Disini


Tarikh                              : 3 Mac 2019
 Masa   : 3.00 pm - 5.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli Pusat Internet

 

IMG 3865

 

Tujuan: 

Menarik minat peserta untuk belajar di Pusat Internet di samping membantu para peserta belajar secara atas talian.

 

Aktiviti:

Petugas PI telah menyediakan beberapa soalan untuk para peserta. Setiap soalan yang disediakan mempunyai tempoh masa yang ditetapkan. Peserta yang terawal menjawab kesemua soalan dengan betul dikira sebagai pemenang.

 

Gambar Disini


Tarikh                              : 10 Mac 2019
 Masa   : 3.00 pm - 5.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli Pusat Internet

 

IMG 3888

 

Tujuan: 

Meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan sebuah lukisan di samping dapat meningkatkan kemahiran mereka menggunakan Microsoft Excel.

 

Aktiviti:

Aktiviti ini disertai oleh pelajar darjah 6 hingga tingkatan 3. Peserta diminta untuk menghasilkan satu gambar 'doodle' dengan menggunakan Microsoft Excel yang diajar oleh petugas Pusat Internet. Untuk kelas kali ini peserta banyak memasukkan pelbagai 'shape' dan menggunakan teknik 'cut and paste' serta 'send to back' dan 'bring to front' untuk melukis setiap anggota badan dan akhir sekali disertai dengan mewarna gambar tersebut.

 

Gambar Disini


Tarikh                              : 23 Februari 2019
 Masa   : 3.00 pm - 5.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli Pusat Internet

 

IMG 3847

 

Tujuan:

Untuk menambah ilmu dan kemahiran kepada peserta dengan menggunakan Microsoft Excel di samping dapat menyampaikan kalimah yang baik kepada peserta.

 

Aktiviti:

Peserta diminta untuk menghasilkan kufi art berdasarkan slide yang dipaparkan. 

 

Gambar Disini


Sub-kategori