Tarikh | : 10 Julai 2019 |
Masa | : 3.00 pm - 5.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Sebagai persediaan untuk peperiksaan SPM yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Aktiviti:
Pelajar tingkatan 5 SMK Kenering, Gerik membuat ulangkaji dan kerja sekolah di PI Felda Lawin Selatan dengan menggunakan internet dan komputer untuk mencari rujukan yang berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah.
Tarikh | : 5 Julai 2019 |
Masa | : 2.00 pm - 5.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Komuniti setempat |
Tujuan:
Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama komuniti setempat dengan staf PI Felda Lawin Selatan.
Aktiviti:
Jamuan raya tahun ini dihadiri oleh 50 orang komuniti PI Felda Lawin Selatan. Pelbagai juadah disediakan antaranya ialah mee goreng, bihun goreng, ketupat, rendang dan pelbagai lagi. Jamuan ini berakhir pada pukul 5.00 petang.
Tarikh | : 24 Jun 2019 |
Masa | : 9.00 am - 11.30 am |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Untuk menjawab peperiksaan secara online sebelum ditapis untuk ke peringkat temuduga.
Aktiviti:
Soalan peperiksaan online SPA terbahagi kepada tiga kategori. Calon dikehendaki menjawab semua soalan yang dipaparkan mengikut masa yang diberi.
Tarikh | : 3 Julai 2019 |
Masa | : 3.00 pm - 5.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Untuk melengkapkan kerja kursus Geografi PT3. Kerja kursus ini adalah salah satu penilaian dalam peperiksaan PT3.
Aktiviti:
Pelajar PT3 mencari maklumat melalui internet untuk kerja kursus mengikut tajuk masing-masing. Mereka menggunakan Microsoft Word untuk menaip dan mencetak untuk dihantar kepada guru.
Tarikh | : 18 Jun 2019 |
Masa | : 3.00 - 4.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Menambah ilmu pengetahuan peserta di samping dapat membantu mereka belajar secara atas talian.
Aktiviti:
Petugas PI telah menyediakan beberapa soalan dalam laman web Quizizz. Setiap soalan yang disediakan mempunyai tempoh masa yang ditetapkan. Peserta yang terawal menjawab kesemua soalan dengan betul dikira sebagai pemenang.