Tarikh | : 9 Disember 2019 |
Masa | : 10.00 am - 11.00 am |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Melakukan pemeriksaan kesihatan iaitu tekanan darah dan gula menggunakan peralatan yang disediakan oleh petugas PI.
Aktiviti:
Peserta diminta untuk memakai alatan ihealth. Seterusnya bacaan diambil dan petugas memberi sedikit ulasan berkaitan hasil bacaan yang tertera. Peserta juga diberi penerangan cara untuk melihat rekod bacaan kesihatan di dalam dashboard komuniti melalui modul MyHealth.
Tarikh | : 1 Disember 2019 |
Masa | : 3.00 pm - 5.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Seramai tujuh orang peserta terlibat dalam kelas Adobe photoshop kali ini. Peserta diminta menghasilkan kesan 'burst text' dengan menggunakan Adobe Photoshop CS6. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta menggunakan Adobe Photoshop disamping dapat mengasah kreativiti peserta.
Aktiviti:
Pelajar diminta menggunakan size 1280 pixel X 720 pixel. Untuk kelas kali ini peserta banyak menggunakan teknik blending option, duplicate layer, filter dan banyak lagi.
Tarikh | : 14 November 2019 |
Masa | : 10.00 am - 12.30 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Tujuan resume dihasilkan adalah bagi membolehkan seseorang itu layak untuk ditemuduga dan seterusnya mendapat peluang pekerjaan tersebut.
Aktiviti:
Untuk menghasilkan resume yang terbaik dan menepati kehendak majikan, resume yang dihasilkan mestilah memiliki fakta yang padat dan ringkas. Pengguna mencari maklumat di internet di PI sebagai rujukan untuk menyediakan resume.
Tarikh | : 22 November 2019 |
Masa | : 3.00 pm - 4.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Untuk mengetahui berat dan tinggi badan setiap orang.
Aktiviti:
Peserta telah menimbang berat dan ukur tinggi badan mereka dengan menggunakan alat penimbang dan ukuran di Pusat Internet Felda Lawin Selatan.
Tarikh | : 11 November 2019 |
Masa | : 3.00 - 4.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Menambah ilmu pengetahuan peserta di samping dapat membantu mereka belajar secara atas talian.
Aktiviti:
Pelajar membuka laman web Gartic.io iaitu aktiviti e-pembelajaran dengan cara meneka objek yang dipaparkan di komputer. Setiap soalan yang disediakan mempunyai tempoh masa yang ditetapkan.