Tarikh | : 17 Ogos 2019 |
Masa | : 10.00 am - 12.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Murid sekolah rendah |
Tujuan:
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menguji daya pemikiran murid dalam menyelesaikan puzzle dan mewarna secara online yang bertemakan bendera Malaysia.
Aktiviti:
Kelas kali ini murid menggunakan laman web Jigsaw Puzzle dan Supercoloring. Murid dikehendaki menyelesaikan puzzle dan mewarna secara online yang telah disediakan oleh petugas yang bertemakan bendera Malaysia.
Tarikh | : 12 Ogos 2019 |
Masa | : 11.30 am - 12.30 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Membantu pengguna untuk membuat pemindahan wang dan pembelian topup melalui atas talian menggunakan online banking.
Aktiviti:
Ahli PI berkunjung ke Pusat internet untuk membuat transaksi atas talian. Ianya memberi kemudahan dan keselesaan kepada mereka serta menjimatkan masa kerana tidak perlu beratur dan menunggu di bank. Pusat Internet sedia membantu apa sahaja urusan yeng berkaitan dengan penggunaan internet.
Tarikh | : 21 Julai 2019 |
Masa | : 10.30 am - 12.30 pm |
Lokasi | : PI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Untuk menambah ilmu tentang kemahiran komputer dan ICT kepada para pelajar sempena cuti mingguan.
Aktiviti:
Kelas kali ini disertai oleh pelajar tahun 4 hingga tingkatan 2. Aktiviti ini dimulakan dengan membuat dan mewarna jadual menggunakan Microsoft Word. Mereka menaip nama-nama produk jualan bagi sesebuah kedai beserta kuantitinya. Di akhir kelas pula pelajar melakukan Kuiz Kahoot tentang tajuk nama-nama negeri, kuih tradisional dan pakaian tradisional di Malaysia. Setiap pemenang untuk setiap akviti diberikan hadiah yang menarik.
Tarikh | : 6 Ogos 2019 |
Masa | : 2.30 pm - 5.00 pm |
Lokasi | : PI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Sebagai langkah persediaan untuk peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung pada bulan September ini di samping dapat meningkatkan prestasi mereka.
Aktiviti:
Pelajar darjah 6 Sekolah Kebangsaan Felda Lawin Selatan membuat ulangkaji dan kerja sekolah di PI Felda Lawin Selatan dan mencari rujukan yang berkaitan dengan menggunakan komputer dan internet di PI.
Tarikh | : 13 Julai 2019 |
Masa | : 8.30 am - 3.00 pm |
Lokasi | : Dewan Semai Bakti Felda Nenering 1, Pengkalan Hulu |
Peserta | : Komuniti |
Tujuan:
Untuk memberi pendedahan kepada penduduk Felda serta menyampaikan maklumat yang betul dan tepat terutama komuniti felda dan masyarakat diluar. Felda Nenering menjadi tuan rumah untuk Zon Peringkat Negeri Perak 2019.
Aktiviti:
Pusat Internet (PI) Kluster Hulu Perak iaitu 7 PI telah membuka booth. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik di waktu pagi. Program diteruskan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk komuniti setempat seperti kuiz Klik Dengan Bijak, teka bilangan `button` dalam beg, mendaftar ahli Pusat Internet dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga aktiviti mewarna bagi sekolah tadika, pertandingan sukaneka aspek wanita seperti memasak, styling tudung dan pertandingan makeup. Pelbagai agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Amanah Ikhtiar, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, jualan pakaian dan makanan serta banyak lagi juga ada membuka booth masing-masing. Di akhir majlis telah diadakan perasmian dengan acara menanam pokok kelapa sebagai simbolik penutupan majlis dan diakhari dengan acara makan bersama penduduk Felda Nenering.