Tarikh                             : 4 Mei 2019
 Masa   : 3.00 - 5.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PI

 

IMG 4290

 

Tujuan: 

Untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti para peserta dalam menghasilkan poster yang lebih kemas dan menarik di samping dapat mengisi masa lapang pada hari minggu.

 

Aktiviti:

Peserta dikehendaki memasukkan gambar masing-masing untuk membuat satu poster sempena Ramadhan dengan menggunakan Adobe Photoshop. Untuk pemilihan jenis tulisan yang lebih cantik dan kreatif, peserta diajar untuk memuat turun dari laman web 1001fonts dan tulisan tersebut boleh dimasukkan ke dalam poster yang telah dibuat. Akhir sekali peserta boleh masukkan poster Ramadhan ini ke dalam Facebook masing-masing.

 

Gambar Disini


Tarikh                             : 23 April 2019
 Masa   : 4.00 - 5.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PI

 

IMG 4271

 

Tujuan: 

Untuk mempromosikan pusat internet dan menjadikan pusat internet sebagai tempat untuk komuniti menjalankan pelbagai aktiviti dalam memajukan masyarakat setempat di samping dapat merapatkan ukhwah sesama komuniti dan staf pusat internet.

 

Aktiviti:

Peserta dikehendaki menaip setiap perkataan atau ayat yang dipaparkan melalui laman web 10FastFingers. Pemenang dipilih berdasarkan kepada pelajar yang menaip paling pantas dan betul dalam masa yang ditetapkan.

 

Gambar Disini


Tarikh                              : 8 April 2019
 Masa   : 8.30 am - 1.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti setempat

 

IMG 4259

 

Tujuan: 

Untuk mempromosikan pusat internet dan menjadikan pusat internet sebagai tempat untuk komuniti menjalankan pelbagai aktiviti dalam memajukan masyarakat setempat di samping dapat merapatkan ukhwah sesama komuniti dan staf pusat internet.

 

Aktiviti:

Pelbagai agensi telah datang memeriahkan booth pameran antaranya ialah Amanah Ikhtiar, Kolej Komuniti Gerik, KWSP, Etiqa, dan usahawan setempat untuk booth jualan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan membuat video, poster, mewarna prasekolah, mewarna online (dewasa), kuiz kahoot, puzzle online, origami atau anyaman dan menulis artikel. Program HBK ini dirasmikan oleh Pengurus Felda Lawin Selatan iaitu En. Qasidinoor Asri. Turut dihadiri ialah En. Mohd Shakirin Ismail (Penolong Pengurus Community Program & Engagement USP Telekom Malaysia Berhad) dan En. Mohammad Ridha Tajudin (DRM MSD Digital Intelligence Wilayah Utara).

 

Gambar Disini


Tarikh                             : 13 April 2019
 Masa   : 8.30 am - 4.00 pm
 Lokasi : Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik
 Peserta : Komuniti

 

IMG 0193

 

Tujuan: 

Tujuan Program Pegawai Daerah Bersama Komuniti Hulu Perak dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat sekitar untuk mendapat perkhidmatan secara terus daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan syarikat persendirian.

 

Aktiviti:

Program Pegawai Daerah Bersama Komuniti Hulu Perak disempurnakan oleh YB Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Saman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Ketua Kluster Pusat Internet Hulu Perak menyambut tetamu kenamaan di booth pameran Pusat Internet semasa acara lawatan tapak pemeran. Program ini juga dihadiri oleh 5 orang lagi petugas Pusat Internet kawasan Hulu Perak untuk pembukaan booth. Turut disertai ialah 46 agensi lain untuk mempromosikan pameran dan perkhidmatan mereka.

 

Gambar Disini


Tarikh                              : 2 April 2019
 Masa   : 3.00 pm - 4.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli Pusat Internet

 

IMG 3856

 

Tujuan: 

Untuk mengetahui berat badan setiap orang.

 

Aktiviti:

Peserta telah menimbang berat badan mereka dengan menggunakan alat penimbang di Pusat Internet Felda Lawin Selatan. 

 

Gambar Disini


Sub-kategori