Tarikh | : 8 April 2019 |
Masa | : 8.30 am - 1.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Komuniti setempat |
Tujuan:
Untuk mempromosikan pusat internet dan menjadikan pusat internet sebagai tempat untuk komuniti menjalankan pelbagai aktiviti dalam memajukan masyarakat setempat di samping dapat merapatkan ukhwah sesama komuniti dan staf pusat internet.
Aktiviti:
Pelbagai agensi telah datang memeriahkan booth pameran antaranya ialah Amanah Ikhtiar, Kolej Komuniti Gerik, KWSP, Etiqa, dan usahawan setempat untuk booth jualan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan membuat video, poster, mewarna prasekolah, mewarna online (dewasa), kuiz kahoot, puzzle online, origami atau anyaman dan menulis artikel. Program HBK ini dirasmikan oleh Pengurus Felda Lawin Selatan iaitu En. Qasidinoor Asri. Turut dihadiri ialah En. Mohd Shakirin Ismail (Penolong Pengurus Community Program & Engagement USP Telekom Malaysia Berhad) dan En. Mohammad Ridha Tajudin (DRM MSD Digital Intelligence Wilayah Utara).
Tarikh | : 2 April 2019 |
Masa | : 3.00 pm - 4.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Untuk mengetahui berat badan setiap orang.
Aktiviti:
Peserta telah menimbang berat badan mereka dengan menggunakan alat penimbang di Pusat Internet Felda Lawin Selatan.
Tarikh | : 18 Mac 2019 |
Masa | : 10.00 am - 12.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Sistem pendaftaran atas talian (online) ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke prasekolah dan tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
Aktiviti:
Pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di Daftar Pengguna. Untuk pendaftaran tahun 1, maklumat tambahan yang perlu diisi adalah seperti maklumat prasekolah/ tadika, rekod kesihatan, rekod imunisasi kanak-kanak dan pelbagai lagi.
Tarikh | : 13 Mac 2019 |
Masa | : 9.30 am - 2.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Gerik |
Peserta | : Penolong Pengurus Kluster Hulu Perak |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memantapkan serta mengukuhkan lagi kemahiran penggunaan Adobe Photoshop dalam kalangan Penolong Pengurus (AM) Kluster Hulu Perak. Ini kerana ia adalah satu keperluan bagi AM untuk menguasai penggunaan Adobe Photoshop secara asas dan seterusnya secara 'Advance' untuk digunakan sebagai cara untuk mengajar kepada komuniti.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan membuat kembali proses awalan atau cara asas dan seterusnya ke proses pembuatan poster. Bagi proses pembuatan poster, AM bersama sama berkongsi teknik dalam mengajar serta menekankan cara seperti contoh 'crop', 'shadow' dan sebagainya untuk menjadikan poster lebih menarik dan kreatif.
Tarikh | : 10 Mac 2019 |
Masa | : 3.00 pm - 5.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam menghasilkan sebuah lukisan di samping dapat meningkatkan kemahiran mereka menggunakan Microsoft Excel.
Aktiviti:
Aktiviti ini disertai oleh pelajar darjah 6 hingga tingkatan 3. Peserta diminta untuk menghasilkan satu gambar 'doodle' dengan menggunakan Microsoft Excel yang diajar oleh petugas Pusat Internet. Untuk kelas kali ini peserta banyak memasukkan pelbagai 'shape' dan menggunakan teknik 'cut and paste' serta 'send to back' dan 'bring to front' untuk melukis setiap anggota badan dan akhir sekali disertai dengan mewarna gambar tersebut.