Tarikh | : 21 April 2018 |
Masa | : 10.00 am - 12.00pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Pelajar Sekolah |
Tujuan:
Menghasilkan kad ucapan sempena Hari Ibu dan Hari Guru Bulan Mei 2018
Aktiviti:
Pelajar diajar menggunakan microsoft publisher dalam menghasilkan kad ucapan. Pelajar juga di ajar memilih template yang berbeza daripada kelas publisher sebelum ini. Seramai 7 orang pelajar terlibat dalam kelas publisher kali ini. Selepas menghasilkan kad, pelajar meneruskan aktiviti dengan mencantikkan kad ucapan menggunakan kertas warna yang disediakan.
Tarikh | : 19 April 2018 |
Masa | : 9.30 am - 10.30am |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Murid Darjah 6 |
Tujuan:
Mengulangkaji pelajaran subjek matapelajaran Tahun 6.
Aktiviti:
Seramai 10 orang murid tahun 6 terlibat dalam kelas frog VLE di Pusat Internet Felda Lawin Selatan. Murid diberi kebebasan menjawab soalan yang terkandung di laman web Frog VLE. Murid juga turut dipantau oleh guru yang bertugas pada sesi pembelajaran di pusat inernet. Sekali dalam sebulan murid akan terlibat dengan kelas Frog VLE di Pusat Internet Felda Lawin Selatan.
Tarikh | : 8 April 2018 |
Masa | : 10.00 am - 12.00pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Pelajar Sekolah |
Tujuan:
Menghasilkan "Basic & Frame Animation" menggunakan adobe photoshop C6.
Aktiviti:
Pelajar menggunakan photoshop cs6. Pelajar diajar cara shortcut menghasilkan background dengan menekan CTRL N. Seterusnya pelajar diajar cara untuk rasterize layer. Selain itu juga, kelas adobe kali ini pelajar didedahkan dengan fungsi Frame Animated yang menghasilkan video seterusnya di simpan dalam bentuk GIF.
Tarikh | : 15 April 2018 |
Masa | : 10.00 am - 12.30pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Pelajar Sekolah |
Tujuan:
Belajar membuat kad ucapan menggunakan Microsoft Publisher.
Aktiviti:
Pelajar menggunakan microsoft publisher dalam menghasilkan kad ucapan. Pelajar di ajar cara memasukkan gambar dan menulis ucapan.
Tarikh | : 2 April 2018 |
Masa | : 12.00 pm - 12.55pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Murid Tahun 3 |
Tujuan:
Mengulangkaji pelajaran untuk subjek Bahasa Melayu.
Aktiviti:
Murid tahun 3 menggunakan quizizz dalam mengulangkaji pelajaran. Terdapat banyak topik yang telah dipilih dalam sesi ulangkaji pelajaran kali ini.