Tarikh                              : 7 Julai 2018
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Murid Sekolah

 

IMG 3286

 

Tujuan:

Kelas ini dihadiri oleh 4 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengulangkaji pelajaran disamping menguji minda serta melatih kemahiran berfikir peserta. 

 

Aktiviti:

Peserta menggunakan laman web kahoot untuk mengikuti kelas ini. Pelajar diminta memasukkan nombor pin yang tertera di hadapan serta memasukkan nama. Antara subjek menjadi pilihan untuk kelas kahoot kai ini ialah Bahasa Melayu dan juga Sains.  

Gambar Disini


Tarikh                              : 21 Jun 2018
 Masa   : 9.00 am - 1.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PI, GPW

 

36485905 818071241717665 9208014908841525248 o

Tujuan:

Mengadakan jamuan hari raya bersama ahli Pusat Internet serta GPW disamping mengeratkan hubungan silaturrahim bersama komuniti

 

Aktiviti:

Seramai lebih kurang 50 orang yang menghadiri jamuan hari raya aidilfitri Pusat Internet Felda Lawin Selatan. Pelbagai Juadah yang disediakan untuk dinikmati oleh hadirin. Jamuan tamat jam 1.00 tengah hari. 

 

Gambar Disini:


Tarikh                              : 13 Jun 2018
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Murid Sekolah

 

IMG 3247

Tujuan:

Kelas ini dihadiri oleh 3 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih peserta menggunakan tools di dalam adobe photoshop disamping dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam mengendalikan adobe photoshop untuk pelbagai kegunaan. 

 

Aktiviti:

Peserta telah disediakan template sampul dalam bentuk jpeg. seterusnya peserta di minta memilih gambar pilihan untuk dimasukkan ke dalam template sampul. Pelajar juga di ajar untuk menyatukan dua layer menjadi satu layer. Seterusnya pelajar di ajar cara untuk mewartakan sampul menggunakan paint bucket tool dan brush tool. 

Gambar Disini


Tarikh                              : 19 Jun 2018
 Masa   : 9.00 am - 6.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Murid Sekolah

 

IMG 3263

Tujuan:

Melakukan pemeriksaan kesihatan iaitu tekanan darah menggunakan modul myhealth untuk bulan jun. 

 

Aktiviti:

Peserta diminta untuk memakai alatan ihealth. seterusnya bacaan diambil dan petugas memberi sedikit ulasan berkaitan hasil bacaan yang tertera. peserta juga diberi penerangan cara untuk melihat rekod bacaan kesihatan di dalam dashboard komuniti melalui modul myhealth. 

Gambar Disini


Tarikh                              : 8 Jun 2018
 Masa   : 11.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti & GPW

 

34689895 797297297128393 7805406846281318400 n

Tujuan:

Program World Quran Hour ini dihadiri 20 orang Komuniti Felda Lawin Selatan. Tujuan program adalah sempena sambutan "World Quran Hours 2018 seluruh Malaysia bagi tahun 2018. Nuzul Al-Quran adalahantara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadhan ialah turunnya kitab suci Al-Quran atau disebut Nuzul Al-Quran. Ianya dirakamkan dalam Al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185). 

 

Aktiviti:

Program dimulakan dengan bacaan al-fatihah. Seterusnya diikuti dengan bacaan surah al-baqarah ayat 1 hingga 5, Seterusnya bacaan ayat al-hujrat yang diselangi dengan tadabbur surah al-hujrat. Program tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Gambar Disini


Sub-kategori