Menjalankan Perniagaan Perfume dan Tudung Sarung

Nama                    : Assyifa binti Azizi
Umur  : 22 Tahun
 Ahli  : 2018

 

Latar Belakang

Seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan atas talian dan juga luar talian. Beliau menjalankan perniagaan menjual perfume dan tudung sarung. Beliau mencuba untuk mendalami ilmu perniagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaan yang beliau ceburi sekarang ini.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum didedahkan dengan pelbagai aplikasi atas talian, beliau hanya mempromosikan barang yang dijual kepada pengguna yang terdekat dan ‘walk-in’ iaitu secara luar talian.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti tunjuk ajar yang diperkenalkan oleh Pusat Internet dan juga kelas-kelas usahawan dan intel, beliau telah mandapat ilham untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam dunia perniagaan yang dahulunya hanyalah sekadar hobi. Beliau mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga WhatsApp bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis barang yang dijual. Beliau juga memuatnaik produk ke dalam aplikasi Dashboard MyShop. Minat yang mendalam telah membuatkan beliau berusaha mencari peluang yang ada untuk mengembangkan lagi perniagaan. Beliau sering menggunakan platform internet seperti WhatsApp dan Facebook serta instagram untuk mempromosikan produk. Harapan beliau dalam bidang ini ialah ingin membuka sebuah kedai dan mempunyai label sendiri.

 

syifa