Mempelajari Internet, Menambah Ilmu ICT
Nama | : Nur Amna Nafiesa Binti Mohd Pauzi |
Umur | : 14 Tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar Belakang
Beliau merupakan seorang pelajar seolah Menengah Kebangsaan Kenering dan bakal menduduki peperiksaan PT3 pada tahun 2020. Beliau memilih untuk mempelajari Internet bagi memenuhi masa terluang serta dapat menambah ilmu berkaitan dengan dunia ICT serta menambah ilmu pengetahuan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT kerana pada pandangan beliau tidak berkepentingan. Tanggapan beliau meleset apabila dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan. Beliau perlu belajar ICT untuk membuat kerja kursus yang diarahkan oleh guru serta mengulangkaji pelajaran atas talian.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Setelah selesai sesi belajar, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet dan berjaya membuat kerja kursus menggunakan Microsoft Office dengan baik serta dapat menaip surat dengan bagus.