Tarikh : 29 Ogos 2017
Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
Peserta : Pelajar Tingkatan 2
Tujuan :
Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada pelajar selain menggunakan software dan applikasi lain dalam menghasilkan poster, adobe photoshop juga dapat menghasilkan poster yang sangat menarik dan cantik. Selain itu, mendedahkan pelajar kepada asas yang terdapat di dalam adobe photoshop.
Aktiviti:
Asas yang diajarkan kepada pelajar ialah cara memasukkan background,cara memilih spesifik gambar, dan cara memasukkan tulisan di dalam poster. Pelajar juga didedahkan dengan sebahagian fungsi elemen di dalam adobe photoshop. Kelas Adobe Photoshop kali ini bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 60!